Hasiah
Muhammad
Hasiah Muhammad
TENTANG SAYA
Kenali Saya
Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri.
Menamatkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional dengan Ijazah Perakaunan.
Merupakan rakan kongsi di Shariz Global Enterprise dan pengarah urusan di Bio Lestari Sdn Bhd.
Memulakan perjalanan dalam dunia minyak pati ketika mencari rawatan sokongan untuk anak-anak yang ketika itu kerap jatuh sakit.
Setiap bulan akan ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Ubat dan antibiotik dah macam makanan.
Acara sakit berganti-ganti antara mereka tiga beradik membuatkan abah & ummi tak cukup tidur.
Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya kerap jatuh sakit.
Nalurinya ingin juga melihat anak-anaknya sihat & ceria seperti kanak-kanak lain.
Ketika itulah Allah lorongkan untuk mengenali minyak pati Young Living dan Alhamdulillah anak-anak sangat serasi.
Tak sangka pula isu anxiety saya juga secara tidak langsung dapat dibantu kerana minyak pati ini rupanya sangat sesuai menangani isu-isu emosi juga.
Barulah saya tahu, dengan minyak pati ini macam-macam DIY yang kita boleh buat.
Beauty serum, hair spray, perfume, sabun, lipstick dan lipbalm pun boleh dibuat sendiri tanpa menggunakan bahan kimia merbahaya.
Kebaikan yang saya dan keluarga rasai ini, saya ingin kongsikan agar lebih ramai lagi yang dapat dibantu, lebih ramai lagi yang rasai pengalamannya, lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya.
