Hadiah Daripada Allah.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Selama ini kita tahu Solat itu wajib.

Kita tahu Solat itu perintah.

Kita tahu Solat itu amanah.

Rupa-rupanya Solat itu satu hadiah.

.

.

Sempena hari Israk dan Mikraj.

Edisi khas My Quran Time ditayangkan tadi di tv Al-Hijrah.

Banyak ilmu baru yang saya dapat.

Saya berkongsi agar ia memberi manfaat.

.

.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini merupakan tanda kasih sayang Allah pada Nabi saw.

Pada tahun kesedihan Baginda.

Tahun kehilangan isteri tercinta.

Yang selama ini menjadi tulang belakang perjuangannya.

Pada tahun yang sama juga kehilangan bapa saudara yang sangat dikasihinya.

.

.

Lalu Allah swt memujuk kekasihNya.

Dengan peristiwa yang tidak terjangkau dek akal manusia.

.

.

Peristiwa Israk.

Perjalanan dari Masjidil Haram di Kota Mekah.

Ke  Masjidil Aqsa di bumi Palestine.

Menaiki Buraq.

Dalam satu malam sahaja.

sumber gambar mywilayah.com

.

.

Dimana perjalanan itu mengambil masa berbulan lamanya pada kebiasaanya.

Tetapi bagi Kekasih Allah.

Semua itu dalam satu malam sahaja.

.

.

Apabila Baginda mengkhabarkan tentang peristiwa Israk itu.

Mereka menggelarnya gila.

Malah ada yang terpesong akidahnya.

.

.

Sampailah berita itu kepada Abu Bakar As-Siddiq.

Walaupun berita yang didengarinya sukar dipercayai dengan akal manusia.

Namun beliau berkata.

“Andai itu yang dikatakan Muhammad saw.

Maka aku mempercayainya.”

Begitu tinggi keimanan Abu Bakar.

.

.

Jika diambil keimanan seluruh mukmin dan ditimbang dengan keimanan Abu Bakar.

Nescaya iman Abu Bakar melebihi keseluruhan iman ummat manusia.

.

.

Dalam peristiwa Mikraj.

Disinilah Allah swt mengurniakan hadiah.

Satu-satunya ibadah.

Yang disampaikan secara bersemuka.

Face to face.

Tanpa pengantara.

.

.

SOLAT.

Itulah hadiah buat Baginda.

Dan kurniaan besar buat kita semua.

Yang membezakan kita dengan mereka(bukan Islam).

Inilah ibadahnya.

.

.

Daripada 50 waktu yang difardhukan.

Hanya tinggal 5 waktu yang perlu didirikan.

Setelah Baginda saw berulang-alik bertemu Sang Pencipta.

Untuk mengurangkan jumlahnya.

.

.

Adakah itu pun kita rasa susah?

Takkan itu pun nak kata payah.

.

.

Sedangkan Allah swt tidak mengurangi sedikit pun pahala dan ganjarannya.

Solat kita hanya 5 waktu.

Namun ganjarannya sama seperti 50 waktu.

.

.

Benar.

Ini hadiah teragung buat kita, ummat Baginda.

Cuma selama ini kita yang leka.

Tenggelam hanyut dengan tipu daya dunia.

.

.

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar.

Contohi keimanan Abu Bakar.

Yang sentiasa membenarkan apa sahaja kata Rasulnya.

.

.

Kini kita tahu Solat itu satu hadiah.

Daripada Pencipta buat KekasihNya.

Daripada Pencipta buat hambaNya.

.

.

Tiba giliran kita untuk menerimanya dengan kesyukuran.

Dirikannya dengan penuh kesungguhan.

Agar apabila menghadap Tuhan.

Bisa kita lakarkan senyuman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *