.
.
Puan.
Puan ada Anxiety Disorder.
Menurut assessment puan.
Sipi-sipi sahaja keputusannya dengan depression.
.
.
Di waktu Dhuha yang sangat cantik dan tenang.
Matahari pada pagi itu tidak terlalu membakar.
Langit biru muda cerah disulami hanya sedikit awan.
Dan ketika itulah aku menerima perkhabaran.
Aku didiagnose dengan Anxiety Disorder pada Mei 2017.
.
.
Sedih?
Risau?
Takut?
.
.
Alhamdulillah Allah tidak hadirkan rasa itu.
Yang ada hanyalah kelegaan.
Yang ada hanyalah kesyukuran.
.
.
Syukur?
Seriuslah.
Takkanlah baru didiagnose Anxiety nak bersyukur.
.
.
Tapi itulah hakikatnya yang terjadi pada diriku.
Aku lega.
Aku syukur.
Segala rasa dan derita yang aku lalui selama ini.
Ada nama rupanya.
Anxiety Disorder namanya.
.
.
Jadi aku dah tahu.
Apa yang aku lalui dan rasai selama ini.
‘Normal’.
Ada medical term nya.

.
.
Sebelum diriku disahkan menghidapi Anxiety Disorder.
Lebih 6 bulan aku menderita.
.
.
Selera makanku tiada.
Hilang nafsu untuk makan.
Sehinggakan aku paksakan diri untuk makan.
Makan hanya sekadarnya untuk menyusukan bayiku yang masih kecil.
.
.
Berat badanku turun mendadak.
Aku hilang hampir 10kg tanpa melakukan apa-apa.
Ketika ini ketakutan dan kerisauanku memuncak.
Aku ni sakit ke?
Aku dah nak mati ke?
.
.
Aktiviti yang menjadi kesukaanku dulu.
Kini menjadi kerisauan dan ketakutan bagiku.
.
.
Dulu aku suka keluar ‘window shopping’.
Gemar berjalan-jalan dan bersiar-siar dengan keluarga.
Namun ketika itu, aku takut untuk keluar.
Di rumah sahaja yang aku rasa selamat.
Yang lebih tepatnya.
Baring di sofa sahaja yang aku rasa sedikit selesa.
Namun ketakutan itu sentiasa ada.
.
.
Ada sekali aku cuba paksa diriku keluar.
Ingin membeli-belah dengan suami dan anak-anak.
Melihat anak-anak ceria dan gembira.
Beriya-iya mereka berjalan kesana-sini.
Namun kegembiraan itu tidak dapat aku kecapi.
Aku diserang ‘panic attack’.
Aku tidak dapat bernafas dengan baik dan hampir pitam.
.
.
Dulu aku gemar menonton siri Grey’s Anatomy.
Namun ketika itu.
Setiap episod yang ditayangkan umpama mimpi ngeri buatku.
Jika episod itu berkaitan kanser.
Aku menjadi sangat takut seperti aku yang menghidap kanser.
Jika episod itu berkaitan pesakit jantung.
Aku rasa seperti aku yang menghidap sakit jantung.
Kesudahannya aku tidak lagi dapat menonton siri kegemaranku.
.
.
Jantungku sentiasa berdegup laju.
Sehinggakan aku bisa rasakan setiap denyutannya.
Sesaknya dada hingga mahu pecah rasanya.
.
.
Risaukan dengan keadaan ini.
Aku melakukan medical check-up.
Full medical check-up.
ECG pun dilakukan.
Dan keputusannya normal.
Tiada apa yang tidak kena dengan jantungku.
.
.
Hari berganti minggu.
Minggu berganti bulan.
.
.
Walaupun keadaanku masih sama.
Tiada perubahan.
Masih sentiasa takut.
Masih sentiasa risau.
Sehinggakan setiap kali lalu dihadapan hospital.
Ada signboard yang tertulis jabatan-jabatan di hospital.
Yang ‘ditangkap’oleh mataku hanyalah Bilik Mayat.
Begitulah fokus dan fikiranku ketika itu hanya memikirkan mati.
.
.
Namun jauh di sudut hatiku.
Aku yakin.
Aku percaya.
Semua ini hanya sementara.
Aku akan bebas dari ‘rasa’ ini.
Aku akan kembali kepada diriku semula.
Seorang yang ceria.
.
.
Tidak putus aku berdoa.
Agar Allah swt kembalikan diriku yang asal semula.
Aku kasihankan suamiku.
Aku kasihankan anak-anakku.
Yang paling aku kasihankan adalah bayiku yang baru sahaja beberapa bulan menjengah dunia.
.
.
Suamiku perlukan isterinya.
Anak-anakku perlukan umminya.
Bayiku perlukan belaian manja.
Mereka perlukan aku.
.
.
Aku harus kuat dan bangkit.
Bangkit melawan semua rasa.
Bangkit menjadi diriku semula.
.
.
Lama aku melawan.
Namun debar itu masih terasa.
Lalu aku dinasihatkan untuk berjumpa pakar jantung.
To rule out masalah jantung.
.
.
Keputusannya masih sama.
Tiada apa yang tidak kena.
Semuanya baik-baik sahaja.
.
.
Maka doktor pun merujukku ke pakar psikiatri.
Usah risau katanya.
Berjumpa dengan psikiatri tidak bermaksud kita ‘gila’.
Kerana para doktor juga berjumpa dengan psikiatri.
.
.
Cuma stigma masyarakat kita.
Bila berjumpa sahaja psikiatri.
Orang itu terus dilabel gila.

.
.
Aku terima saranan ke psikiatri itu.
Tapi aku tolak apabila doktor ingin memberiku ubat untuk bertenang.
Aku tolak dengan alasan aku masih menyusui bayiku.
Hakikatnya aku takut akan kebergantungan pada ubat.
Dan aku yakin.
Aku bisa pulih tanpa ubat.

.
.
Tiba pada hari temujanjiku dengan psikiatri.
Aku pergi sendiri.
Aku pergi tanpa berteman.
Kerana aku terpaksa meninggalkan bayiku pada suami.
.
.
Ketika menunggu giliran.
Aku toleh ke kiri.
Seorang lelaki sasa.
Gaya seperti tentera.
Di hadapan pula ada seorang anak kecil bersama ibunya.
.
.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan.
Seorang perempuan berlari keluar dari bilik rawatan sambil memegang gunting ditangan.
Keadaan tenang bertukar cemas.

.
.
Pegawai kesihatan terus menarik dan menenangkan wanita tadi.
Dia dibawa semula ke bilik rawatan.
.
.
Keadaan kecoh bertukar sepi.
Lalu namaku dipanggil.
.
.
Berat badanku diambil.
Kemudian aku di arahkan melakukan pemeriksaan ECG.
Di dalam bilik rawatan itu.
Aku terlihat wanita yang mengamuk tadi.
Jarak dia dan diriku hanya satu meter sahaja.
.
.
Tipulah jika aku katakan yang aku tidak takut.
Tipulah jika tidak risau.
Manakan tidak.
Dilengannya ada jarum yang tertusuk.
Darah merah mengalir dilengannya.
“Oh, mungkin ubat penenang barangkali.”
Bisikku di dalam hati.
.
.
Sambil menunggu selesai pemeriksaan ECG.
Fikiranku masih terarah pada wanita tadi.
Apa agaknya ujian hidupnya.
Hingga meyebabkan keadaannya begitu.
Hingga membuatkan dia bertindak begitu.
.
.
Selesai sahaja ECG.
Aku dipanggil untuk konsultasi.
.
.
Manis dan cantik sungguh doktor yang menyapaku.
Dia bertanya,
Apa yang aku rasa dan membuatkan aku ada di situ ketika itu.
Aku menceritakan semua yang aku rasa.
Semua yang aku alami.
Semua yang aku hadapi.
Semua yang perlu aku tempuhi.
.
.
Rasa risau hari-hari.
Rasa takut hari-hari.
Semuanya aku luahkan tanpa berselindung.
.
.
Kemudian doktor bertanya tentang pekerjaanku.
Surirumah.
Pendek jawapanku.
Lalu dia tersenyum.
Rupanya tidak asing baginya.
Ramai rupanya surirumah yang menghadapi cabaran yang sama.

.
.
Doktor menyarankan agar aku mencari hobi.
Buat aktiviti yang aku suka.
Bersenam.
Yang paling penting.
Bernafas.
.
.
Ya.
Bernafas.
.
.
Aku disarankan melakukan deep breathing setiap kali selesai solat.
Tarik nafas dalam kiraan 2 saat.
Tahan selama 4 saat.
Dan lepaskan perlahan-lahan dalam kiraan 8 saat.

.
.
Selesai sesi konsultasi.
Aku dibawa berjumpa pakar psikiatri.
.
.
Aku disambut dengan senyuman.
Ditanya bagaimana keadaanku setelah sesi konsultasi.
Aku jawab aku sangat lega dan gembira.
Hinggakan nak menangis kataku padanya.
.
.
Eh, kenapa nak menangis pula?
Tanya dia sambil tersenyum.
.
.
Aku memberitahunya.
Aku lega.
Tiada sakit fizikal yang membuatku rasa begitu.
Hanya psikologi sahaja.
.
.
Satu pesannya yang aku pegang erat.
“Kalau tak jaga mental dan emosi.
Sakit fizikal itu boleh hadir dengan sendiri.”
.
.
Nasihat ini datang dari psikiatri sendiri.
Jadi jika ada yang berkata kesihatan mental dan emosi itu tidak penting.
Mereka itu tidak cakna.
.
.
Selesai berjumpa pakar psikiatri.
Aku dirujuk pula kepada kaunselor.
Di sini aku diminta untuk melakukan ujian bertulis.
Lebih kepada menjawab survey dan rating sebenarnya.
.
.
Hasil keputusan ujian itu.
Aku didiagnose dengan Anxiety Disorder.
.
.
Kata kaunselor.
Markahku borderline sahaja.
Sipi-sipi nak jatuh kepada depression.
.
.
Syukur.
Alhamdulillah.
Aku tidak perlu bergantung kepada ubat.
Aku menolak dengan baik dan kaunselor menerima.
.
.
Tarikh temujanji seterusnya diberikan.
Namun dalam hatiku sudah berbunga.
Aku yakin.
Aku sudah tidak memerlukannya.
.
.
Keluar sahaja dari bangunan hospital.
Langit biru pagi itu aku rasakan sangat indah.
Tiupan angin ketika itu seakan-akan membawa pergi segala resah gelisahku selama ini.
.
.
Syukur Ya Allah.
Syukur.
.
.
Segala apa yang aku rasa selama ini.
Dipanggil Anxiety Disorder rupanya.
Inilah sebabnya.
Semua yang kurasa selama ini adalah gejalanya sahaja.
.
.
Fail kesihatanku ditutup rapi pada temujanji kedua.
Kaunselor sangat gembira dengan perubahanku.
Katanya, senyumanku tidak lekang dari bibir.
Selesai sudah tugasnya untukku.
.
.
Duhai Sahabat,
Andai kini kalian diuji.
Ketahuilah.
Kalian tidak perlu malu.
.
.
Kesihatan emosi dan mental juga sebahagian daripada kesihatan kita.
Jika kita demam kita berjumpa doktor.
Jika kita rasa ada yang tidak kena pada diri kita.
Ketika kita rasa kita bukan lagi diri kita.
Tidak salah untuk kita berjumpa psikiatri.
Kerana mereka ini lebih pakar untuk menilai tahap kesihatan kita.
.
.
Ketika emosi mengawal diri.
Kita rasa seakan terpenjara dalam diri kita sendiri.
Sering tewas dengan badai emosi yang melanda.
.
.
Peganglah satu kuncinya.
Iaitu kunci PERCAYA.
.
.
PERCAYA semua ini sementara.
PERCAYA kita bisa hadapinya.
PERCAYA kita akan atasinya.
.
.
Kerana sunnatullah memang begitu.
Tiada yang kekal.
Semuanya sementara.
.
.
Buat ahli keluarga pula.
Jika punya ahli keluarga yang diuji.
.
.
Usah kalian menghakimi.
Usah kalian menghukum.
Yang paling penting.
Usah diperkecilkan perasaan mereka.
.
.
Kerana setiap apa yang mereka rasa itu sungguh dan benar.
Jika mereka kata sakit.
Itulah yang mereka rasa.
Walaupun kita nampak tiada apa.
.
.
Berikan sokongan moral pada mereka.
Jangan pernah putus doakan mereka.
Siapa tahu.
Asbab doa kalian.
Mereka menjadi diri mereka semula.

.
.
Jaga diri.
Jaga emosi.
Dan sentiasalah mendoakan.
Agar semua saudara kita yang diuji.
Berjaya menemui kembali diri sendiri.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.