.
.
Apa itu ‘Elevator Pitch’?
.
.
‘Elevator Pitch’ ni, cara ringkas (30 saat je) kita kenalkan diri kita pada orang yang pertama kali kita jumpa untuk kita sampaikan satu atau dua mesej tentang siapa kita dan apa yang kita usahakan.
.
.
Bahasa mudahnya, cara kita memberi impak pada pertemuan pertama.
.
.
Teknik ni sangat berguna apabila kita hadiri apa saja majlis, perjumpaan, kenduri-kendara, sambil beratur nak beli kopi dan juga dalam lif.
Dah nama pun ‘Elevator Pitch’ kan.
Ia sangat membantu kita membina network dengan lebih ramai orang.
Para usahawan perlu sentiasa bersedia dengan ‘Elevator Pitch’ ni.
Sebab kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa dan mungkin dia merupakan bakal klien kita.
.
.
Kalau sebelum ini orang bertanya,
“Awak buat apa sekarang?”
Kita jawab,
“Saya jual ini je…”
“Saya buat ini je…”
.
.
Sekarang masa untuk ubah jawapan kita.
Jom kita lakarkan ‘Elevator Pitch’ kita sendiri.
Supaya lepas ni, bila ada yang bertanya.
Kita sudah bersedia dengan jawapan yang lebih padu!
.
.
5 Langkah Menyediakan Elevator Pitch.
1. Siapa kita?
Tuliskan satu ayat tentang siapa kita dan apa peranan kita di dalam sesebuah syarikat atau perniagaan.
Contoh: “Saya wakil jualan di syarikat Megah Holdings.”
Cukup ini sahaja.
Tidak perlu panjang berjela dengan menerangkan tentang pengalaman, jatuh bangun, pahit manis kita sepanjang berkhidmat atau berniaga.
Kerana pada perjumpaan pertama, kita masih belum dapat menarik minat atau perhatian prospek.
Nanti bila keluar ayat,
“Ada aku kisah?”
Kita juga yang parah.
Jadi, keep it short and sweet.
.
.
2. Apa yang kita usahakan/tawarkan?
Kita perlu jelas dengan apa yang syarikat/kita usahakan.
Apa misi dan matlamat untuk produk/servis?
Masukkan bahagian ini di dalam ‘pitch’ nanti.
Lebih jelas kita tentang perniagaan ini.
Lebih mudah untuk kita sesuaikan ‘pitch’ kepada prospek.
Contoh: “Saya wakil jualan di syarikat Megah Holdings. Kami menawarkan khidmat cuci karpet di kediaman peribadi dan pejabat-pejabat swasta mahupun kerajaan.”
Ringkas dan padat.
Jika perbualan terputus separuh jalan pun.
Sekurang-kurangnya dia sudah tahu siapa kita dan apa yang syarikat kita usahakan.
.
.
3. Apa keistimewaan kita berbanding yang lain?
Apa yang syarikat/kita lakukan dengan sangat baik yang menandingi apa yang ada di pasaran.
Tuliskan dengan ringkas dalam satu atau dua ayat.
Nyatakan tentang kelebihan itu yang sedang diberikan kepada pelanggan yang sedia ada.
Contoh: “Saya wakil jualan di syarikat Megah Holdings. Kami menawarkan khidmat cuci karpet di kediaman peribadi dan pejabat-pejabat swasta mahupun kerajaan. Dengan bantuan pekerja yang terlatih dan bahan cucian yang bebas bahan kimia merbahaya, kami membantu pelanggan mendapatkan hasil cucian yang optimum dan selamat dalam masa yang singkat.”
Dalam satu ayat, kita sudahpun memberitahu prospek apa yang membezakan kita dan bagaimana kita dapat menambah nilai dalam kehidupan mereka.
Mungkin pada ketika ini mereka sudah mula berminat.
Namun bagaimana untuk kita dapatkan lebih perhatian mereka.
.
.
4. ‘Hook’ mereka.
Tarik perhatian mereka dengan kisah menarik tentang pelanggan atau pengasas syarikat.
Atau boleh juga berikan fakta atau statistik tentang produk.
Ayat ‘pancing’ yang memukau membuatkan prospek memberikan sepenuh perhatian pada apa yang kita sampaikan.
Jom kita siapkan ‘pitch’ kita.
Contoh: “Saya wakil jualan di syarikat Megah Holdings. Kami menawarkan khidmat cuci karpet di kediaman peribadi dan pejabat-pejabat swasta mahupun kerajaan. Dengan bantuan pekerja yang terlatih dan bahan cucian yang bebas bahan kimia merbahaya, kami membantu pelanggan mendapatkan hasil cucian yang optimum dan selamat dalam masa yang singkat. Secara purata, kami dapat mengatasi 95% masalah dan kerisauan pemilik-pemilik carpet yang kami bantu. ”
.
.
5. Baca dan perbaiki ‘pitch’.
Langkah akhir.
Baca text ‘pitch’ kita dengan kuat.
Pastikan ianya kedengaran santai dan bersahaja.
Bukan dibuat-buat atau terlalu formal.
Kerana ia akan membuatkan perbualan kita jadi kaku dan merimaskan.
Lebih baik jika kita jadikan ‘pitch’ kita dalam bentuk perbualan dua hala.
Ini akan membuatkan audien lebih tertarik dan menyambung perbualan dengan kita.
.
.
Namun, ada sedikit pantang-larang dalam melakukan ‘Elevator Pitch’ ni.
.
.
Ia hanya berkesan untuk orang yang kita tidak pernah berjumpa.
Jadi, janganlah pula pergi buat pada kawan rapat dan saudara-mara pula ya.
Dan ‘Elevator Pitch’ ini kurang memberikan impak jika,
Terlalu panjang.
Terlalu banyak menceritakan tentang diri.
Tidak spesifik.
Tidak memberikan testimoni dan fakta yang menarik perhatian.
.
.
Semoga nota saya yang sedikit ini dapat memberi manfaat pada sahabat usahawan yang belum ada ‘Elevator Pitch’ sendiri.
Terima kasih Tuan Syed yang sudi berkongsi mengenai teknik ini.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.