Ayah, Ibu. Adik Rindu…

Kongsikan Kebaikan

Setelah seharian penat bekerja.

Pulang ke rumah ingin berehat.

Melepaskan lelah.

Tapi hakikatnya semua itu tinggal mimpi.

.

.

Balik kita disambut pekikan.

Balik kita disambut jeritan.

Balik kita disambut teriakan.

Balik kita disambut tangisan.

.

.

Ya Allah.

Apa pulak ni..?

.

.

Maka kita dengan badan yang letih.

Beban kerja yang bermain di fikiran.

Lantas terus sahaja memarahi Si Anak ini.

.

.

“Apa bising-bising ni?! Senyaplah, ayah penat ni!”

Tengking Si Ayah.

“Kenapa gaduh-gaduh ni?! Ibu letih balik kerja ni!”

Marah Si Ibu.

.

.

Maka senyap sepi lah rumah yang hiruk pikuk tadi.

“Ha, tenang pun. Kan Bagus macam ni.”

Bisik kita di dalam hati.

.

.

Namun jauh di hujung sana.

Ada hati kecil yang tersakiti.

Ada hati kecil yang dilukai.

Ada hati kecil yang merindui.

.

.

Mereka diam seribu bahasa.

Kerana tiada kata yang mampu mereka luahkan.

Tiada bahasa yang boleh dilafazkan.

Untuk menyatakan yang mereka sebenarnya rindu.

.

.

Seharian tidak bersua muka.

Mereka rindu.

Seharian tidak dapat berbicara.

Mereka ingin luahkan segalanya.

.

.

Cuma mereka tidak tahu bagaimana.

Yang mereka tahu.

Bila mereka bising.

Kita akan berikan perhatian.

.

.

Ya.

Mereka hanya inginkan PERHATIAN.

.

.

Setelah seharian ditinggalkan.

Mereka hanya inginkan pelukan.

Hanya inginkan belaian.

.

.

Namun dengan cara mereka yang tersendiri itu.

Seringkali kita sebagai ibubapa salah menafsirnya.

.

.

Yang kita lihat.

Anak-anak yang tidak mendengar kata.

Yang kita lihat.

Anak-anak yang perlu diajar berbudi bahasa.

.

.

Duhai Ayah.

Wahai Ibu.

.

.

Kita sering berkata kita bekerja kuat untuk mereka.

Dibibir kita melafazkan semua penat lelah untuk mereka.

.

.

Tetapi pernahkah kita betul-betul bertanya.

Apa sebenarnya mahu mereka.

Apa sebenarnya impian mereka.

Apa sebenarnya perlu mereka.

.

.

Yang mereka mahu.

Kehadiran kita.

Yang mereka perlu.

Adanya kita di sisi mereka.

.

.

Hadirnya kita.

Tidak bermakna tinggalkan kerja.

Hadirnya kita.

Tidak bermakna berkepit 24 jam sahaja.

.

.

Apa yang perlu.

Kita ‘ada’ ketika bersama mereka.

Kita ‘ada’ untuk mendengar celoteh dan cerita mereka.

Kita ‘ada’ untuk memahami perasaan mereka.

Yang mereka perlu ialah kita ‘ada’ ketika bersama mereka.

.

.

Bukan hadir sekadar jasad.

Bukan ada sekadar ada.

.

.

Perhatian.

Fikiran.

Hati.

Perasaan.

100% serahkan pada mereka.

100% milik mereka.

.

.

Mari sama-sama selepas ini.

Setelah seharian bekerja.

Sampai sahaja di depan rumah.

Matikan enjin kereta.

Kita diam seketika.

Tarik dan hela nafas dengan tenang.

Setenang-tenangya.

Ukirkan senyuman buat diri.

Kemudian barulah kita masuk ke dalam rumah menyapa anak-anak.

.

.

Tenang pasti menang.

Dengan keadaan kita yang tenang.

Apa sahaja tingkah laku anak-anak.

Pasti bisa kita atasinya tanpa perlu marah-marah.

.

.

Ketika kita bersama mereka.

Letakkanlah telefon jauh-jauh.

Dengan jauhnya telefon itu.

Akan mendekatkan hati kita dengan anak-anak.

Akan dekatkan perhatian kita pada mereka.

.

.

Pesan ini sebenarnya buat saya juga.

Kerana kita seringkali berkata pada diri.

“Ini semua untuk anak-anakku”.

.

.

Sedangkan mereka tidak meminta pakaian berjenama.

Mereka tidak meminta rumah yang mewah.

Mereka tidak meminta kereta yang besar.

Mereka tidak meminta mainan melimpah-limpah.

.

.

Yang mereka mahu kita ada dengan mereka.

Kerana pada dunia, kita merupakan seseorang.

Namun pada anak-anak, kita adalah ‘dunia’ mereka.

Kita merupakan ‘Dunia’ anak-anak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *