Disaat Kita Bertanya.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Nak masak apa hari ini?

Ada yang bertanya,

Apa yang aku nak makan hari ini?

.

.

Disaat kita berkata,

Bosanlah asyik baju yang sama je pakai hari-hari.

Ada yang berkata,

Bagaimana ingin ku tampal koyak di baju ini.

.

.

Disaat kita mengimpikan rumah yang lebih besar.

Ada yang tidak punya dinding mahupun bumbung untuk didiami.

.

.

Disaat kita mengomel tentang kesibukan kerja.

Ada yang termenung memandang langit dengan tiada daya.

Tiada kerja.

Tiada peluang.

Tiada pilihan.

.

.

Disaat kita berkecil hati dengan suami.

Ada isteri yang ditinggalkan tergantung tidak bertali.

.

.

Jika kita rasa hidup kita susah.

Hidup kita penuh dugaan.

Hidup kita penuh drama.

.

.

Ketahuilah, lebih ramai lagi insan di luar sana.

Yang menanggung derita jauh lebih besar dari kita.

Hingga kita tidak akan sanggup untuk mendengar apatah lagi menanggungnya.

.

.

Kadangkala Allah hadirkan ujian untuk kita kembali padaNya.

Kadangkala Allah berikan nikmat untuk lihat bersyukurkah kita padaNya.

Kadangkala Allah hadirkan insan untuk menegur kita.

Kadangkala Allah hadirkan insan untuk dibantu bagi menyedarkan kita.

.

.

Kerana segala aturanNya.

Tiada satu pun yang sia-sia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *