Sisi Gelap Seorang Influencer.

Kongsikan Kebaikan

“Eh, posting dia lagi la”.

Share cepat, banyak manfaat ni.

.

.

“Wah, tulisan dia viral lagi lah”.

Makin ramailah followersnya.

.

.

Selalunya, apabila melintas posting-posting daripada influncer ini.

Jari kita ibarat ada magnet yang sentiasa menarik untuk ke butang share.

.

.

Kerana perkongsian mereka ini sarat dengan maklumat.

Sarat dengan pengajaran.

Sarat dengan amanat.

Sehinggakan kita sendiri rasa berdosa apabila tidak menyampaikannya.

.

.

Ya, kita seronok melihat perhatian yang mereka dapat.

Kita suka melihat populariti yang mereka kecapi.

Dalam diam kita menaruh impian.

“Aku akan sampai ke tahap itu suatu hari nanti”.

.

.

Namun perlu kita sedari.

Perlu kita ketahui.

Disebalik setiap influencer yang kita lihat.

Ada sisi gelap yang tersembunyi di sebalik kelibat.

Sisi gelap yang perlu kita hadapi.
Demi kejayaan yang diimpi.

.

.

Yang kita lihat hanya yang indah.

Yang kita nampak hanya pujian.

.

.

Rupanya mereka ini juga menghadapi kejian.

Ada sahaja yang tidak kena.

Ada sahaja salah silapnya.

.

.

Inilah ‘harga’ sebuah populariti.

Apabila dilihat ramai yang meminati.

Ada hati yang menjadi iri.

Apabila dilihat ramai yang mengkagumi.

Ada hati yang terbit dengki.

.

.

Jadi apabila kita menyimpan impian.

Untuk menulis dan berkongsi.

Untuk berjaya juga seperti mereka.

Inginkan diri bergelar influncer.

.

.

Pasakkan niat.

Cekalkan hati.

Agar fikiran, hati dan tindakan selari.

.

.

Supaya apa sahaja cabaran dan rintangan.

Apa sahaja onak dan duri.

Kita akan kuat untuk hadapi.

.

.

Kerana kejayaan itu tidak mudah.

Kejayaan itu tidak murah.

Jika kita sanggup untuk berjaya.

Pastikan juga kita sanggup membayar ‘harga’nya.

.

.

Ketika semuanya selari.

Insya-Allah, pasti Tuhan memberkati.

Kejayaan itu pasti dimiliki.

.

.

Tidak cepat.

Tidak lambat.

Tapi ianya tepat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *