Tuhanku, Kenapa…

Kongsikan Kebaikan

Kenapa belum dimakbulkan doaku.

Tuhan.

Kenapa belum tercapai impianku.

Tuhan.

Kenapa belum disembuhkan sakitku.

Tuhan.

Kenapa belum dikurniakan zuriat buatku.

Tuhan.

Kenapa belum diangkat wabak ini.

Tuhan.

Kenapa belum dibebaskan aku dari belenggu hutang.

Tuhan.

Kenapa belum jadikan aku kaya setelah puas aku berusaha.

Tuhan.

Kenapa belum dijawab semua permintaanku.

Tuhan.

Kenapa belum keluarkan aku dari kesusahan ini.

Tuhan.

Kenapa belum merdekakan aku dari kemiskinan ini.

.

.

Tuhan.

Kenapa?

.

.

Tidakkah Kau sayang padaku.

Tidakkah Kau mengasihaniku.

Tidakkah Kau mencintaiku.

.

.

Lalu Tuhan berkata.

.

.

Dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Dengan nama Tuhanmu Yang Maha Penyayang.

.

.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta udara.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta pancaindera.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta sebuah nyawa.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta pohon yang memberikan oksigen.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta langit yang kukuh tanpa bertiang.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta awan yang menurunkan hujan.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta matahari yang sentiasa menyinari.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta bulan yang membiaskan cahaya indah.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta bintang yang setia memberi kerlipan.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta air sungai yang menghilangkan dahagamu.

Wahai hambaKu.

Mengapa tidak kau minta lautan masin yang bisa menenggelamkan sisa kotoranmu.

.

.

Wahai hambaKu.

Perkara yang tidak pun engkau pinta Aku berikan.

Apatah lagi perkara yang kau pinta dan panjatkan.

.

.

Sudah pasti akan Aku berikan.

Cuma aturan dan percaturanKu berbeza daripada percaturanmu wahai hambaKu.

Kerana kasihKu kepada hambaKu.

Melebihi daripada sangkaanmu.

.

.

Jika engkau meminta.

Pasti Aku jawab.

Bila?

Bagaimana?

Itu urusanKu.

Itu rahsiaKu.

.

.

Cuma satu peringatan buatmu duhai hamba.

Kenali tujuan asalmu dicipta.

Disitulah akan terungkai segala.

sumber Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *