7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Essential Oils.

Kongsikan Kebaikan

Kebelakangan ini sering kita dengar orang berkongsi atau bercakap tentang Essential Oils.

Dah macam trend baru pula.

Masing-masing bercerita tentang Essential Oils atau minyak pati tumbuhan mereka.

Namun ramai juga yang masih tertanya-tanya dan terpinga-pinga.

Perkataan ‘Essential Oils’ itu, atau nama glamernya ‘EO’ masih kedengaran asing pada mereka.

Dengan sedikit ilmu yang saya ada, izinkan saya kongsikan mengenai 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Essential Oils.

Apakah itu Essential Oils?

Essential Oils merupakan cairan aromatik yang sangat pekat hasil daripada ekstrak tumbuhan.

Ia juga dikenali sebagai ‘darah’sesuatu tumbuhan.

Ianya membawa manfaat dan khasiat yang sama seperti tumbuhan itu sendiri.

Sebagai contoh, jika pohon serai wangi itu dapat menghalau serangga. Begitu jugalah manfaat yang sama dengan EOnya.

Sesuatu Essential Oils boleh di ekstrak dari bunga, daun, buah, getah, ranting, dahan mahupun seluruh pokok itu sendiri.

Contoh-contoh EO dan sumbernya.

EO daripada bunga :

Lavender, Ylang Ylang (Kenanga), Rose, Jasmine, Blue Tansy & Geranium.

EO daripada daun :

Peppermint, Basil, Oregano, Rosemary, Citronella (Serai Wangi) dan Myrtle.

EO daripada buah/kulit buah :

Orange, Lemon, Jade Lemon, Tangerine dan Grapefruit.

EO daripada getah :

Frankincense, Copaiba dan Myrrh.

EO daripada ranting/dahan :

Palo Santo, Sandalwood dan Cedarwood.

EO daripada seluruh pokok :

Black Spruce dan Blue Spruce.

Proses mendapatkan Essential Oils.

Terdapat empat cara untuk mendapatkan minyak pati daripada sesuatu jenis tumbuhan.

Yang pertama, kaedah Steam Distillation. Kaedah mengekstrak minyak pati melalui kaedah Steam Distillation ini diasaskan oleh Ibnu Sina, di mana beliau menjumpai kaedah yang sempurna untuk mengekstrak Rose Water. Penemuan beliau merupakan asas rujukan utama dalam bidang aromaterapi. Kaedah ini digunapakai untuk kebanyakan jenis tumbuhan untuk memastikan setiap constituents daripada sesuatu tumbuhan itu dapat di ekstrak dengan optimum. Tahukah anda, sebanyak 2,268kg kelopak bunga ros diperlukan untuk menghasilkan 1kg Rose essential oils. Kelopak ya. Bukan pokok. Selautan kelopak bunga ros diperlukan untuk menghasilkan minyak yang hanya sedikit. Jadi faham benarlah jika harga EO yang asli, harganya sedikit tinggi.

Kaedah kedua pula ialah Cold Pressed. Kaedah ini banyak digunapakai untuk tumbuhan sitrus seperti Lemon, Orange dan Grapefruit. Di mana kulit buah-buahan sitrus ini akan ditekan sehingga mengeluarkan minyak. Bayangkan, ia memerlukan sebanyak 75 biji Lemon untuk menghasilkan 15ml minyak.

Kaedah ketiga dikenali sebagai Resin Tapping. Bahagian pokok akan ditoreh untuk mengeluarkan getahnya. Setelah getahnya dihasilkan, getah pokok itu akan dikumpulkan untuk dibawa ke proses Steam Distillation pula. Diantara tumbuhan yang menggunakan proses ini ialah Frankincense (Luban), Copaiba dan Myrrh.

Kaedah keempat yang jarang sekali digunakan ialah Absolute Oil Extraction. Jasmine diantara EO yang di ekstrak menggunakan kaedah ini. Oleh kerana bunga Jasmine (Melur) sangat sensitif dan kualitinya akan terjejas jika ditekan. Jadi kaedah ini digunakan. Sedikit fakta menarik tentang bunga Melur. Bunganya harus dipetik diwaktu malam untuk mendapatkan wangian yang maksima.

Tekan SINI untuk melihat Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan Essential Oils.

Kenali gred Essential Oils.

Terdapat pelbagai jenis EO yang berada di pasaran. Terdapat pelbagai jenama yang ada. Terdapat pelbagai pilihan harga. Bagaimana untuk kita tahu EO manakah yang terbaik dan yang sesuai dengan keperluan badan kita. Yang paling utama, kita perlu tahu, EO manakah yang SELAMAT untuk digunakan.

Jom kita tengok 4 jenis gred Essential Oils yang ada di pasaran sekarang.

Gred A (Therapeutic Grade Essential Oils)

100% asli datang daripada tumbuhan dan mempunyai kesemua komponen terapeutik. Tiada sebarang tambahan bendasing di dalamnya. EO kategori ini merupakan EO kualiti terbaik dunia. Kerana ia bukan sahaja digunakan untuk wangi-wangi sahaja. Malah ia mempunyai kualiti sebagai terapi.

Gred B (Natural (Organic) and Certified Oils)

Lulus ujian standard kualiti EO. Namun mungkin ada sedikit sahaja, ataupun TIADA langsung komponen terapeutik.

Gred C (Extended and Altered Oils)

EO yang dihasilkan dicampur dengan bahan kimia sintetik dan bendasing. Selalu digunakan di dalam pewangi (fragrances).

Gred D (Synthetic Oils)

Dihasilkan di dalam makmal dan TIADA langsung terkandung essential oil asli di dalamnya. Minyak jenis inilah yang terlalu banyak di pasaran sekarang. Murah. Ya, memang murah. Sebab mereka tidak perlu tanam dan tuai hasil tanaman pun untuk menghasilkan minyak. Cukup sekadar ada makmal, minyak boleh dihasilkan. Ramai juga yang terpedaya dengan membeli minyak-minyak ini kerana percaya akan khasiatnya. Namun mereka tidak tahu apa sebenarnya yang mereka beli dan gunakan. Manakan sama khasiat Lavender yang dicipta Tuhan dengan Lavender yang dicipta oleh manusia. Baunya mungkin boleh ditiru, namun 1001 khasiatnya tidak akan mampu mereka tiru.

Sekarang kita tahu kan?

Ada banyak Gred Essential Oils di luar sana. Dan betapa pentingnya untuk kita mengetahui gred EO yang kita gunakan.

Selepas ini jika anda ingin membeli apa sahaja EO di pasaran. Ketahui dulu grednya dan isi kandungannya.

Mungkin Si Jurujual mengaku EO itu Gred A. Tapi bila kita baca label, ia ada bercampur dengan bendasing. Ternyata ianya bukanlah Gred A seperti yang dicanangkan. Tips ini sangat penting untuk anda tahu sebelum membeli atau menggunakan apa-apa jenis EO yang ada di pasaran.

Mazhab Dalam Essential Oils.

Aik?! Dalam EO pun ada mazhab?

Adaaa.

Mazhab atau digelar model ini menentukan bagaimana sesuatu essential oil itu digunakan.

Jom kita kenali mazhab atau model yang ada dalam cara penggunaan sesuatu essential oil itu.

Terdapat Tiga Jenis Model yang digunapakai dalam rawatan terapeutik menggunakan essential oil.

English Model

English model ini menyokong bahawa essential oil perlu digunakan dengan amaun yang sedikit dan dicampurkan dengan minyak sayuran sebagai carrier oil. Digunakan secara luaran dan digunakan di dalam urutan untuk tujuan relaks dan melegakan stress.

German Model

German model ini menumpukan kepada penggunaan secara menghidu sesuatu essential oil itu. Kajian telah menunjukkan bahawa kompaun aromatik daripada essential oil dapat memberi kesan kepada deria bau dan dapat mempengaruhi bahagian otak terutamanya di bahagian hypothalamus (bahagian otak yang menghubungkan antara sistem saraf dengan sistem endokrin). Kompaun aromatik ini juga dapat mempengaruhi sistem limbic dimana di sinilah terletaknya pusat emosi kita.

French Model

French Model ini menetapkan bahawa essential oil boleh ditelan dan disapukan terus ke badan tanpa carrier oil (undiluted) dengan hanya menggunakan Essential OIls Therapeutic Grade (Gred A). Cara yang selalu digunakan untuk menelan sesuatu essential oil itu adalah dengan mencampurkan beberapa titis essential oil ke dalam madu, diambil dengan sekeping roti atau dicampur dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

Cara-cara menggunakan Essential Oils.

Selama ini kita ingatkan essential oil ini untuk wangi-wangi dan untuk menghilangkan bau yang kurang enak sahaja.

Jika ini tanggapan anda.

Anda silap.

Jika anda memiliki essential oil Gred A dan anda hanya menggunakannya sekadar untuk bau wangi sahaja.

Tersangatlah rugi sebenarnya.

Jom kita explore cara-cara menggunakan essential oil anda.

Disclaimer: Ketiga-tiga cara ini hanya boleh digunapakai jika anda menggunakan essential oil Gred A sahaja. Kenali gred essential oil anda dulu ya.

Terdapat tiga cara untuk menggunakan dan memanfaatkan essential oil anda.

Yang pertama dengan menyapukan secara topikal (sapuan terus ke kulit), kedua dengan menghidu dan yang ketiga dengan menelannya bersama madu atau carrier oil.

1. Topikal.

Essential Oil boleh disapukan secara terus pada kulit atau boleh juga digunakan bersama carrier oil. Ia boleh digunakan dalam sesi urutan dan boleh juga dipakai untuk mencantikkan kulit wajah.

Cara-cara untuk menggunakan essential oil dengan keadah topikal:

  • Untuk mendapatkan suasana seperti berada di dalam spa. Beberapa titis EO boleh dimasukkan ke dalam tab mandi. Jika rumah anda tiada tab mandi. EO tadi boleh dititiskan ke dalam baldi dan dijadikan bilasan terakhir selepas mandi.
  • Kaedah Warm Compress sangat sesuai dilakukan untuk melegakan senggugut dan ketegangan otot dengan cara menyapukan EO yang sesuai pada bahagian yang sakit. Kemudian tuala kecil yang telah direndam ke dalam air panas diletakkan di atas kawasan yang disapu EO tadi.
  • Kaedah Cold Compress pula dibuat dengan cara yang sama dengan kaedah Warm Compress, tetapi air bercampur ais ataupun air sejuk daripada peti sejuk yang digunakan. Kaedah ini sesuai di gunakan untuk meredakan inflamasi dan juga sebagai booster dikala keletihan.

2. Menghidu.

Menghidu essential oil meningkatkan kepekaan deria dan dapat merangsang pelbagai respons dan tindak balas daripada tubuh badan yang kita ingini.

Apabila kita menghidu essential oil melalui hidung, molekul EO yang berada di udara bertindak balas dengan organ olfactory dan terus ke bahagian otak.

Molekul yang yang masuk melalui hidung atupun mulut juga akan dibawa ke bahagian paru-paru dan bertindak balas dengan sistem respiratori. Disebabkan ini juga, sesetengan EO yang bagus untuk sistem pernafasan dapat memberikan kelegaan dengan segera.

Cara-cara untuk menggunakan essential oil dengan keadah menghidu:

  • Titiskan 1-2 titik EO pada tapak tangan, gosokkan kedua belah tangan dan tekupkan tangan ke hidung serta hidu bau EO tadi sedalam-dalamnya.
  • Baurkan (diffuse) essential oil anda dengan menggunakan ultrasonic diffuser. Kaedah ini tidak akan memanaskan sesuatu essential oil itu. Hal ini sangat penting kerana kita tidak mahu komponen penting didalam sesuatu EO itu rosak diakibatkan haba yang terlalu panas.
  • Titiskan beberapa titik essential oil ke dalam mangkuk berisi air panas. Litupi kepala anda serta mangkuk berisi EO dan air panas tadi dengan sehelai kain (seperti khemah). Tarik nafas secara dalam dan perlahan-lahan. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hidung tersumbat akibat selsema.

3. Ingestion.

Untuk menggunakan essential oil dengan cara ini, anda perlu betul-betul pastikan essential oil anda adalah gred A dan selamat untuk dimakan.

Cara-cara untuk menggunakan essential oil dengan keadah ingestion:

  • Masukkan beberapa titik essential oil ke dalam kapsul dan telan bersama air.
  • Tambahkan 1-2 titik essential oil ke dalam air minuman.
  • Letakkan 1-2 titik essential oil pada roti atau boleh juga ditambah ke dalam masakan.
  • Tambahkan 1-2 titik essential oil ke dalam sesudu madu dan telan.

Essential Oils & Emosi.

Apabila molekul-molekul essential oil dihidu, ia akan sampai kepada sistem limbic di mana terletaknya amygdala yang menyimpan memori tentang emosi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada sesetengah EO yang membuat kita rasa tidak selesa. Hal ini terjadi kerana faktor emosi yang terpendam telah di’usik’ oleh EO tadi.

Hal ini sangat sangat baik untuk kita, bagi melepaskan segala emosi-emosi yang terpendam.

Kerana emosi yang tidak baik jika dipendam dengan terlalu lama, ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik untuk kesihatan fizikal kita juga.

Hal ini berlaku kerana kesihatan fizikal kita, sangat berkait rapat dengan kesihatan emosi kita juga.

Perasan atau tidak, kita akan lebih mudah jatuh sakit ketika kita sedang berduka dan sedih.

Setiap jenis essential oil dapat membantu menguruskan sesuatu emosi.

Contohnya, EO Lemon boleh digunakan untuk emosi sedih, stuck, takut akan sesuatu, rasa kekosongan dan menyalahkan diri sendiri.

Insya-Allah saya akan kongsikan satu artikel khas tentang essential oils dan emosi sahaja.

Stay tuned di SINI ya!

Essential Oils & Perubatan.

Telah banyak kajian yang telah dijalankan tentang penggunaan essential oil di dalam bidang perubatan.

Essential oil seperti Lavender, Orange, Roman Chamomile, Eucalyptus dan Spearmint banyak digunakan di hospital di luar negara sebagai rawatan sokongan kepada rawatan perubatan yang sedia ada.

Untuk lebih banyak info terkini, perkongsian pengalaman dan ilmu tentang Essential Oils, stay tune di SINI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *