Seorang pengemis berpakaian lusuh
Rambutnya kusut
Kaki hanya di alas selipar nipis
Duduknya beralaskan kotak
Dilihat menunggu di tepi jalan

Riak wajahnya penuh kebimbangan
Penuh kerisauan
Memikirkan tentang hari ini
Yang entah bagaimana
Memikirkan tentang esok
Yang belum pasti
Tangan di angkat dan di hulur
Pada sesiapa sahaja yang lalu
Pada sesiapa sahaja yang melintas
Hanya ihsan insan-insan ini
Yang dapat memberi sedikit harapan
Buat dirinya untuk menempuh
Hari-hari yang mendatang
Lalu seorang pemuda
Lantas beliau menghulurkan duit
Lalu pula seorang makcik
Dia juga menghulurkan duit
Lalu pula seorang lelaki
Beliau hanya berhenti
Beliau hanya memerhati
Pengemis itu bersuara meminta
Secebis ihsan daripada beliau
Lelaki itu tersenyum
Lalu bertanya
“Kamu duduk di atas apa tu?”

“Saya duduk hanya beralaskan kotak usang Tuan.”
Balas pengemis
Suaranya hampir sahaja tidak kedengaran
Lantaran menahan sebak
“Pernah kamu lihat di bawahnya?”
Sambung lelaki itu.
Dengan muka hairan
Pengemis itu hanya
Menggelengkan kepalanya
“Cuba kamu lihat sekarang.”
Suruh lelaki itu
Pengemis itu hanya menurut
Lalu bangun dan mengangkat
Kotak lusuhnya yang sentiasa
Menjadi penemannya selama ini
Alangkah terkejutnya
Apabila dia melihat jongkong emas
Di bawah kotaknya
Bukan satu
Tetapi banyak
Terlalu banyak
Pengemis itu berpaling pada lelaki tadi
“Kenapa saya tidak tahu ia ada di sini selama ini?”
Lelaki itu membalas dengan
Satu senyuman yang penuh makna
“Kerana kamu tidak menyedarinya.”
.
.
Situasi kita dengan pengemis
Itu tidak jauh bezanya
Seringkali kita meletakkan
Kegembiraan kita
Kebahagiaan kita
Kekayaan kita
Kekuatan kita
Pada ‘sesuatu’
Namun hakikatnya
Semua itu ‘ada’
Dalam diri kita sendiri
Kaya,
Jika bawa kereta Ferrari merah
Rumah banglo 5 tingkat
Jika ‘rasa’ kaya itu tiada
Kita tetap miskin
Namun,
Jika bawa kenari merah
Rumah teres padat depan belakang
Jika ‘rasa’ kaya itu ada
Kita akan sentiasa kaya
Bahagia,
Jika bahagia itu disandarkan
Pada material,
Apabila hilangnya barang itu
Maka hilang jugalah bahagia kita
Namun jika
Bahagia itu lahir daripada
Hati yang sentiasa bersyukur
Dengan segala nikmat yang ada
Maka kita adalah orang paling bahagia di dunia
Saya berdoa agar hari ini
Saya bisa menjadi lelaki itu
Yang dapat memberitahu
Bahawa anda semua insan hebat
“Look within,
You will find everything.”

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.