Peppermint ini adalah antara agen perasa yang paling popular.
Sangat banyak produk yang mengandungi Peppermint.
Daripada ubat gigi, ubat batuk, ‘mouthwash’ dan tembakau.
Sehinggalah ‘chewing gum’, gula-gula dan aiskrim (sedapnya yang ada chocolate chip sekali..)
.
.
Peppermint juga di tambah ke dalam sabun, detergen, minyak wangi, lipstick dan kosmetik lainnya.
.
.
Secara terapeutiknya, Peppermint ini digunakan untuk membantu masalah pada kulit, sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem pencernaan, sistem imun dan sistem saraf.
.
.
Peppermint dan sakit kepala.
Dalam satu kajian, 32 orang dengan sakit kepala menyapu minyak Peppermint di pelipis (tempat tampal koyok). Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak Peppermint melegakan sakit mereka dengan ketara.
Bila disapu pada dahi, pelipis dan belakang leher pula, ia dapat melegakan sakit kepala yang berkaitan dengan pencernaan. (Angin badan sampai sakit kepala. Ha, yang itu lah.)
.
.
Peppermint dan perut.
Herba ini memang sangat popular dalam membantu pencernaan.
Ia dapat membantu dalam masalah cirit-birit, angin, kembung, kolik, memulas dan hilang selera makan.
Pengambilan teh pudina atau minyaknya selepas makan dapat membantu mengurangkan gas dan membantu mencernakan makanan dengan mengurangkan jumlah masa makanan berada di dalam perut.
Ini antara sebab kenapa pudina sangat popular selepas makan malam.
.
.
Peppermint dan sakit buatan orang (Mengandung).
Ia sangat membantu mengurangkan ‘mabuk’ (morning sickness).
Mabuk laut dan mabuk dengan pergerakan (kereta, kapal terbang, dll) juga sangat sesuai.
Pada tahun 1997 di dalam ‘Journal of Advanced Nursing’, dimana pesakit diberikan minyak Peppermint untuk dihidu selepas operation. Pesakit-pesakit didapati kurang rasa ‘mabuk’ selepas operation dan kebergantungan mereka pada ubat tahan muntah berkurang.
.
.
Peppermint dan masalah pernafasan.
Sifatnya yang memberi kelegaan dan rasa ‘lapang’ sangat membantu untuk masalah yang berkaitan dengan pernafasan seperti batuk, sinus, lelah dan bronchitis.
Pudina ini banyak digunakan di dalam ubat batuk bukan sahaja kerana rasanya yang menyegarkan, tetapi juga kerana kandungan pudina itu sendiri dapat meningkatkan pengeluaran air liur yang membuatkan kita lebih kerap menelan air liur dan sekaligus dapat mengurangkan refleks batuk.
Suruhanjaya Jerman E secara rasmi telah mengiktiraf kemampuan Pudina untuk mengurangkan radang pada saluran hidung. Apabila wap Menthol dihirup, saluran hidung terbuka dan melegakan hidung yang tersumbat.
Minyak pati pudina juga merupakan ramuan yang terdapat di dalam kebanyakan ‘chest rub’ yang berada di pasaran. Ia disapu di bahagian dada untuk melegakan semula pernafasan yang ‘berat’.
Dan teh yang diperbuat dari daun pudina juga dapat merangsang sistem imun dan dapat melegakan kesesakan akibat selsema dan flu.
.
.
Lagi kenal, lagi jatuh cintalah pada pohon pudina ni.
Betul bagai di kata.
Tak kenal, maka tak cinta.
.
.
Ini #part2 kisah Peppermint tau.
Kalau nak baca #part1 boleh ke SINI ya.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.