Pudina atau nama mat salehnya Peppermint adalah antara herba tertua di dunia.
Orang Mesir Purba gunakannya untuk masalah pencernaan.
Orang Yunani dan Rom pula menganggap ia sebagai ‘Stomach Soother’.
.
.
Pada abad ke-18, Peppermint menjadi popular sebagai ‘ubat kampung’ untuk masalah mual, muntah, ‘morning sickness, jangkitan di salur pernafasan dan masalah menstrual.
.
.
Buat pertama kalinya Peppermint disenaraikan adalah di London Pharmacopoeia pada 1721.
.
Pada zaman moden, Peppermint muncul di British Herbal Pharmacopoeia sebagai remedi untuk ‘intestinal colic’, angin, selsema, ‘morning sickness’ dan senggugut.
.
Apa benda pula ‘Pharmacopoeia’ ni?
Nak sebut pun terbelit lidah.
.
‘Pharmacopoeia’ merupakan terbitan rasmi yang mengandungi senarai ubat-ubatan dengan kesan dan cara penggunaannya.
.
.
Peppermint memberikan sensasi sejuk dan menenangkan yang dapat membantu:
- Meredakan keradangan tisu
- Meredakan kekejangan otot
- Bersifat anti-bakteria & anti-mikroorganisma
- Melegakan rasa sakit
- Mencegah jangkitan
.
Oh, patutlah kalau kita ke ‘drug store’ kebanyakan ubat-ubat lenguh tu ada Peppermint di dalamnya.
Kita sapu dan pakai pun sejuk ja rasa. Lega.
.
.
Bahagian yang dijadikan remedi adalah keseluruhan tumbuhan itu sendiri.
Ini termasuk minyaknya yang mudah meruap, flavonoid, asid fenolik dan triterpenes.
.
Tumbuhan ini diusahakan untuk mendapatkan minyaknya,dimana ia akan diekstrak dari daun yang pohonnya telah berbunga.
.
Minyak pati mengandungi bahan aktif utama tumbuhan iaitu:
- Menthol (bahan aktif utama terdapat pada daun &memberi rasa ‘cooling sensation’)
- Menthone
- Menthyl Acetate (aroma dan rasa ‘mint’)
.
.
Kandungan Menthol minyak Pudina menentukan kualiti minyak patinya.
Keadaan ini akan berbeza bergantung pada iklim, habitat dan dimana pudina itu ditanam.
.
.
Misalnya,
Minyak Peppermint Amerika mengandungi 50-78% Menthol.
Minyak Peppermint Inggeris mengandungi 60-70% Menthol.
Minyak Peppermint Jepun mengandungi 85% Menthol.
.
Ha, sekarang kita tahu kenapa Peppermint v1 berbeza dengan Peppermint v2 kan?
Kerana ia ditanam di dua tempat yang berbeza.
.
.
Adik-beradik satu mak satu ayah pun berbeza karakternya kan?
Apatah pula kalau jiran punya adik, punya sepupu, punya anak sedara yang tinggal jauh di ‘oversea’.
Lagi lah lain karakternya.
(Harap relevan lah analogi ni. Haha.)
.
.
Peppermint juga mengandungi Vitamin A dan C, Magnesium, Kalium, Zat besi dan Sulfur.
.
.
Banyak sungguh kebaikan dan kegunaan Peppermint ni kan?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru pada sahabat yang sudi membaca.
P/s: Ada 25 jenis mint semuanya yang ada di seluruh dunia.
#part1

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.