Bagai Terkena Flying Kick Di Dada Pada Kelajuan 180 km/j.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Itulah apa yang saya rasa pada penghujung kelas arab pagi tadi.

Topik utama pada hari ini ialah mengenal “Syarat”.

Syarat ialah ‘apabila sesuatu  itu tergantung atas sesuatu’.

Contoh, kita makan nescaya kita akan kenyang.

.

.

Syarat = kita makan.

Jawab syarat = kita akan kenyang.

.

.

Surah Al-Ankabut : 6

Kami menelaah Surah Al-Ankabut ayat 6 :

“Dan siapa saja ia telah berjihad (bersungguh-sungguh), nescaya sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”

.

.

Kalimah syarat ada di bahagian pertama ayat ini.

Syarat = Siapa saja ia telah berjihad (bersungguh-sungguh).

Jawab syarat = Nescaya sesungguhnya jihadnya (pahala) itu adalah untuk dirinya sendiri.

.

.

Ustaz memberitahu.

Untuk memahami ayat syarat ini kita perlu lihat pada dua sudut.

Yang pertama, terjemahan secara zahirnya.

Yang kedua, disebaliknya.

Omputih kata opposite.

.

.

Ustaz kata, ketika kita melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh.

Maka pahala itu untuk diri kita.

Namun jika sebaliknya.

Jika kita melakukannya dengan sambil lewa.

Adakah Allah akan terima?

Adakah syarat mendapat pahala tadi kita penuhi?

Syarat dapat pahala perlu bersungguh-sungguh.

Kalau sambil lewa?

Dapatkah kita pahala?

.

.

Ha, masa inilah saya rasa tendangan padu tu.

Perit.

Pedih.

Sentap.

Luka berdarah la tadi.

.

.

Selalu sahaja kita melakukan perkara dengan tiada kesungguhan.

Solat sekadar cukup syarat lima waktu.

Kerja sekadar lepaskan tanggungjawab.

Memasak asal siap juadah.

Mendidik anak asal siap kerja sekolah.

.

.

Sedangkan disetiap perbuatan ini Allah berikan terlalu banyak ruang untuk kita raih pahala.

Soalannya, adakah kita merebut peluang itu?

Atau dibiarkannya berlalu begitu sahaja.

.

.

Cukupkah syarat kita untuk mendapat pahala?

Sedangkan kita tahu pahala yang kita inginkan itu untuk diri kita sendiri.

Sempurnakah Amalku?

.

.

Bukan untuk orang lain.

Jauh sekali untuk Allah.

Kerana Dia Maha Kaya.

Tidak perlu apa-apa daripada kita.

Sedangkan kitalah yang menagih kasih.

Menagih belas ihsan daripadaNya.

.

.

Apa yang saya pelajari, jika kita berbuat sesuatu.

Buatlah dengan bersungguh-sungguh.

Kerana kita ingin membungkus amal kita dengan secantik-cantiknya untuk dipersembahkan pada Sang Pencipta.
.

.

Kerana ganjaran yang ditagih itu buat diri kita sendiri.

Ganjaran-ganjaran inilah yang akan ditimbang dihari pembalasan kelak.

Yang menentukan kita ke Syurga atau sebaliknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *