Tiga Bulan Lebih Sahaja Sudah Balik Modal.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Ini bukan posting menjual.

Hanya perkongsian cerita dan pengalaman seorang ibu yang bertahun mencari jalan keluar untuk anak-anaknya yang kerapkali ke klinik dan rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.

.

.

Dahulu kakak (anak sulung) kerap bat*k, sels*ma & dem*m.

Iyalah, masa tu ilmu pun tidak cukup.

Susu berperisa coklat dan minuman rib*n* adalah minuman hariannya.

.

.

Hampir setiap bulan kami akan ke klinik.

Hampir setiap bulan kakak makan antibiotik.

Dan setiap bulan jugalah wang dilaburkan untuk rawatan dan ubat sahaja.

.

.

Apabila dah ada anak kedua dan ketiga.

Ummi topup ilmu sedikit tentang pemakanan sihat.

Makanan apa yang perlu dielakkan untuk kakak, agar dia kekal sihat.

Kerana sekarang kalau seorang sakit, akan berpanjangan dan berjangkit lah pada adik-adiknya.

.

.

Ummi dah cuba jaga makan.

Gula-gula dan coklat tiada di rumah.

Jajan tiada.

Kalau ke kedai pun mereka sangat faham ummi tak bagi sebab nanti sakit lagi.

.

.

Klinik dah macam-macam klinik.

Hospital pun dah pergi.

Ke pakar juga ummi dah bawa.

Sampai doktor pakar ingat ummi ni nurse, sebab soalan ummi tentang ubat sangat detail.

Yelah, tiap-tiap bulan perlu hafal nama-nama ubat kan.

PCM 250, piriton, ventolin, scmc.

Belum lagi antibiotik, kadang-kadang kena ambil yang second generation punya antibiotik, bilamana antibiotik yang pertama tak jalan.

.

.

Namun belum berjumpa ‘ubat’ yang sesuai.

.

.

Masuk pula ke fasa ummi mencari kaedah yang lebih semulajadi.

Rendam stokin dalam air lemon untuk turunkan suhu badan.

Bakar bawang putih kemudian campurkan dengan minyak zaitun untuk dibuat sapuan ke dada, bahagian belakang badan dan batang hidung.

Minyak Zaitun & Bawang Putih antara ikhtiar semulajadi kami dahulu...

Stim bawang putih dan halakan ke muka anak untuk keluarkan hingus dan kahak.

Teknik percussion pun ummi dah cuba.

.

.

Abah memang tak sanggup nak buat sebab kesiankan anak.

Iyalah, ada juga proses-proses ini yang menyebabkan anak-anak tidak selesa dan mereka akan menangis meronta.

.

.

Teringat lagi kali pertama kakak melalui proses nebulizer.

Tengah malam waktu itu, kami bergegas ke hospital yang mengambil masa 45 minit.

Sebab kami tinggal di kawasan yang tiada hospital pakar pada ketika itu.

Kakak kena nebulizer buat pertama kalinya (Iya, ada banyak siri nebulizer selepas kejadian ini).

Abahnya boleh lari keluar, tinggal ummi pegang anak yang menangis meronta tidak selesa ketika proses nebulizer itu.

Segagah perkasa abah, tumpas juga bila melihat keadaan anaknya begitu.

.

.

Benar, Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita.

Ummi tetap terus mencari kaedah atau cara yang lebih semulajadi.

Ke klinik masih juga. Tiap-tiap bulan.

Kadang-kadang dalam sebulan lebih daripada sekali.

Doktor di klinik dah jadi kawan baik dan beliau sangat baik ketika menyantuni anak-anak.

.

.

Tibalah ke hari di mana kawan ummi berkongsi tentang set PSK (kini dikenali sebagai PremEX) yang mungkin dapat membantu menyokong anak-anak untuk sentiasa mencapai kesihatan yang optimum.

Zaman tu, zaman GST.

Jadi harga PSK sekali dengan pos hampir 800 maharnya.

PremEx kini hanya 700, bukan macam zaman dulu…

.

.

Bermulalah perjalanan anak-anak ummi dengan Essential Oils (EO) daripada Young Living.

Bulan pertama masih ada juga episod ke klinik.

Abah dah mula skeptikal.

Ummi masih kekal positif sambil itu berdoa juga.

Jika ramai yang sudah dapat manfaat, pasti keluarga kecilku juga akan rasa manfaatnya.

Itulah yang saya duk sebut tiap-tiap hari.

Saya minyakkan anak-anak setiap hari.

Bukan ketika mereka tidak sihat sahaja.

Ini ikhtiar saya, yang selebihnya ketentuan Allah jua.

.

.

Alhamdulillah, kini sudah lebih empat tahun keluarga kami menggunakan EO sebagai rutin harian.

Syukur juga sudah lama kami sekeluarga tidak ke klinik.

.

.

Oh ya, apa pula yang balik modalnya?

.

.

Dahulu kami menghabiskan hampir 200 setiap bulan untuk kos ubatan dan rawatan sahaja.

Itu jumlah yang dapat dinilai dengan wang ringgit.

Yang tidak dapat dinilai dengan angka seperti, waktu tidur yang cukup untuk ummi dan abah.

Rumah yang riuh rendah dengan suara anak-anak bermain.

Dan yang lebih berharga ialah kesihatan anak itu sendiri.

Tiga bulan kami menggunakan set ini, sudah lebih daripada balik modal.

Syukur sangat.

.

.

Alhamdulillah, semua ujian yang Allah beri itu melorongkan kami untuk kenal dan jatuh cinta dengan keajaiban tumbuhan ciptaanNya.

Tiada apa yang saya harapkan selain daripada kebaikan yang keluarga kami rasai ini dapat dikongsi dengan lebih ramai keluarga di luar sana.

.

.

Ini kisah kami.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *