Emosi Takut & Sakit Perut

Kongsikan Kebaikan
Sumber gambar dari pexels.com

“Aduh, kejap lagi nak bentang kertas kerja dalam meeting.”

“Adoi, waktu –waktu ni lah perut memulas nak ke tandas pula!”

.

Pernah ke alami situasi ni?

.

Nak jumpa bakal mertua buat kali pertama.

.

Nak masuk dewan peperiksaan.

.

Nak hantar anak sekolah hari pertama.

.

Nak salam tangan tok kadi.

.

Semua situasi ini mengundang stress dan risau.

Dan sebenarnya perasaan itu mengganggu sistem badan kita tanpa kita sedari.

.

Kita sangat jarang mengaitkan perasaan atau emosi kita,

Dengan isu kesihatan yang kita alami.

Sedang hakikatnya ianya saling berkait.

.

Jadi?

‘Hakuna Matata’

No worries.

.

Setiap masalah kita

Setiap kerisauan kita

Setiap kedukaan kita

Setiap kesakitan kita

.

Pulangkanlah kepadaNYA.

.

Easier to be said than done.

.

Sangat betul.

Tapi jangan pernah berhenti mencuba.

.

.

Mulakan dengan ‘deep breathing’.

Tarik nafas dengan perlahan-lahan.

Tarik nafas dalam-dalam.

(Bahagian perut akan kembung)

Bayangkan semua kerisauan kita disedut sekali.

.

.

Dengan perlahan-lahan,

Lepaskan pula nafas itu.

Lepaskan juga segala kegelisahan jiwa.

Segalanya dilepaskan bersama hela nafas kita.

.

.

Sekarang,

Ukirkanlah sebuah senyuman yang paling indah.

Hadiahkan senyuman itu pada insan yang paling istimewa.

Siapa?

Diri kita sendiri.

Apa?

Ya.

Kita layak untuk menerima senyuman itu.

Kerana sudah terlalu banyak pahit manis ditempuhi.

Namun kita masih kuat untuk gagahi.

.

.

Sumber gambar dari Google

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *