Apakah Definisi Kejayaan?

Kongsikan Kebaikan

Berjaya menjadi jutawan?

Ada rumah besar dan kereta mewah?

Ada followers ratusan ribu?

Gambar dari pexels.com

.

.

Berjaya hafal Al-Quran?

Solat sunat tak tinggal?

Solat sentiasa di awal waktu?

Quran dilazimi setiap hari?

.

.

Berjaya mencari pasangan?

Kahwin dan punya anak ramai?

Rumahtangga bahagia?

.

.

Apa jua definisi kejayaan yang kita letakkan.

Apabila kita berjaya sampai ke ‘puncak’ kejayaan itu.

Apa langkah kita seterusnya?

.

.

Dalam perjalanan kita mendaki,

Adakah kita memijak dan menolak orang lain?

Demi menggapai hajat dihati untuk berdiri di puncak.

.

.

Saya kongsikan sedikit nasihat yang dititipkan buat saya.

Oleh seorang yang saya kira sudah pun berjaya menawan puncak itu.

.

.

Beliau berkata,

Perjalanan menuju ke puncak itu tidak mudah.

Penuh dugaan.

Penuh cabaran.

.

.

Namun kita tetap perlu tempuhinya dengan integriti.

Percaya takdir Ilahi.

Dan apabila berajaya tiba ke puncak.

Nikmatilah pemandangannya.

Nikmatilah keindahannya.

Namun usah berlama-lamaan di atas sana.

Kerana hakikatnya berada di puncak itu sunyi.

Berada di puncak itu ributnya sungguh menguji.

.

.

Gambar dari Google

Turunlah semula.

Ajarkan formula.

Kongsikan ilmu.

Berikan tips.

Tentang bagaimana kita menawan puncak itu pada asalnya.

.

.

Untuk apa?

Biar lebih ramai yang berjaya.

Biar lebih ramai yang berjasa.

Kerana itulah KEJAYAAN yang sebenarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *