Bagaimana EO berfungsi ya?
.
.
Tertanya juga bukan?
Bagaimana dengan menghidu, membaur dan menyapu EO ke badan sahaja dapat membantu kita dari segi kesihatan dan emosi.
.
.
Kali ini saya berkongsi tentang EO dan Emosi secara ringkas.
.
.
Apa yang terjadi apabila kita membuka penutup botol EO?
Sebenarnya, apabila kita buka sahaja penutup botol EO itu, molekul-molekul EO akan dibebaskan ke udara dan apabila kita menghidunya, molekul-molekul tadi akan pergi ke ‘olfactory bulb’ dan menghantar maklumat ke otak (sistem limbic).
Sistem limbic pula merupakan bahagian otak kita yang mengawal emosi dan tindak balas kita kepada sesuatu perkara.
.
.
Bahasa mudahnya, molekul EO masuk ke hidung, naik ‘Grab’ (olfactory bulb) untuk sampai ke otak yang kawal bahagian emosi.
Begitulah caranya bagaimana EO dapat mempengaruhi emosi.
.
.
Ada mereka yang buka penutup botol EO sahaja sudah mula menangis.
Ada yang rasa gelisah.
Ada yang tersenyum.
Ada yang berubah terus mood daripada sedih kepada ceria.
Ini menunjukkan EO itu mencetuskan bahagian emosi yang tertentu.
.
.
Sekarang kita sudah tahu bahawa ianya bukan magik, tetapi ia merupakan tindak balas antara molekul EO yang naik ‘Grab’ ke bahagian otak yang mengawal emosi.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.