Jangan Berhenti Berharap.

Kongsikan Kebaikan

Erti sebuah harapan.
.
.
Usah bersedih duhai sahabat.

Usah berduka duhai teman.
.
.
Engkau punya Allah.
.
.
Engkau punya Allah yang tahu segala isi hatimu.

Yang tahu segala fikiranmu.

Yang tahu segala perbuatanmu.

Namun tidak sekalipun Dia meninggalkanmu.
.
.
Engkau punya Allah yang sentiasa mengampunimu ketika dirimu bertaubat.

Namun tetap jua mengampunimu setelah berulang kali kau tersasar.
.
.
Engkau punya Allah yang sentiasa memberkatimu.

Yang sentiasa memberi rahmatNya kepadamu.

Walau dikala semua kurniaan itu kau bazirkan pada perkara yang sia-sia.
.
.
Engkau punya Allah yang menyayangimu.

Lebih daripada dirimu mengasihi dirimu sendiri.

Engkau punya Rasulullah yang menitiskan airmata buatmu.

Sebelum engkau menitiskan airmata pertamamu.
.
.
Duhai teman,

Carilah kekuatan dengan mengingatiNya.

Carilah ketenangan dengan mengingati RasulNya.
.
.
Kerana kasih Allah dan RasulNya sentiasa ada dengan kita.

Sentiasa ada dengan dirimu.
.
.
Usah berprasangka.

Usah lelah dengan ujian.

Usah lesu dengan dugaan.
.
.
Usah bersedih wahai teman.

Engkau ada Allah.

Engkau ada Rasulullah.
.
.
Dan itu sudah lebih daripada mencukupi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *