Jika hidup kita dibaratkan sebuah buku.
Setiap hari ibarat setiap mukasurat.
Setiap tahun ibarat setiap bab.
Apakah kisah dan tema buku kita?
.
.
Romantik?
Komedi?
Tragik?
Sedih?
Adventure?
Misteri?
.
.
Cuba imbas kembali perjalanan hidup kita.
Putar kembali semua rasa.
Semua pengalaman.
Semua cerita.
.
.
Tahun demi tahun.
Bulan demi bulan.
Hari demi hari yang berlalu pergi.
Apakah yang kita pelajari?
.
.
Sekarang cuba pula.
Senaraikan 3 peristiwa yang mengubah kehidupan kita.
Senaraikan 3 kejayaan terbesar kita.
Senaraikan 3 kegagalan yang tak ingin kita ulangi.

.
.
Daripada jawapan-jawapan yang diperolehi.
Cuba pula tanya pada diri.
Apa yang aku boleh perbaiki?
Apa yang aku boleh kongsi?
Apa yang aku boleh beri manfaat?
.
.
Kerana daripada setiap kisah kita.
Setiap pengalaman kita.
Setiap liku perjalanannya.
.
.
Akan ada mereka di luar sana yang sedang menghadapinya.
Akan ada mereka di luar sana yang dapat dibantu melaluinya.

.
.
Kisah kita mungkin dapat mengubah kehidupan.
Kisah kita mungkin bisa meraih perhatian.
Kisah kita mungkin juga dapat menjana pendapatan.
.
.
Berkongsilah.
Berceritalah.
Tulislah.
.
.
Agar perjalanan hidup kita yang telah diaturkan.
Dapat memberi manfaat dan menjadi bekalan.
Ketika kita menghadap Tuhan.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.