Seringkali kita dengar.
Orang berkata.
Jumpa orang baik-baik ini rezeki.
Kenal orang baik-baik itu juga rezeki.
.
.
Alhamdulillah saya juga dipertemukan dengan ramai orang yang baik-baik.
Namun insiden malam tadi sangat memberi kesan pada saya.
.
.
Di saat kami suami isteri buntu.
Di himpit 1001 cabaran dan dugaan.
Tidak nampak jalan keluar untuk bantu perniagaan.
Allah hadirkan insan-insan terpilih ini bantu kami.
.
.
Mereka hadir sebagai mentor.
Mereka hadir sebagai guru.
Mereka hadir sebagai penasihat.
Mereka hadir sebagai pembimbing.

.
.
Tanpa mengenakan cas.
Tanpa meminta bayaran.
Tanpa meminta balasan.
Mereka ini meluangkan masa.
Menyumbangkan tenaga.
Berkongsi ilmu dan kepakaran.
Semata-mata untuk membantu kami.
.
.
Kadang terbit rasa malu dan segan.
Mereka ini orang-orang hebat.
Kepakaran mereka dibidang masing-masing bukan calang-calang.
Tapi mereka tetap bersungguh membantu kami.
.
.
Dalam keadaan sekarang di mana ramai yang bergelut mencari rezeki.
Setiap peluang boleh dijual beli.
Boleh sangat kalau mereka ini bantu usahawan lain yang dapat membayar mereka pada kadar yang tinggi.
Namun insan-insan ini memilih untuk berbakti.
.
.
Mereka sedang menanam benih.
Mereka sedang membuat pelaburan.
Benih kebaikan dan ilmu yang disemai.
Mereka hanya harapkan pohon dan dahan amalnya berpanjangan.
Pelaburan tenaga dan masa yang dicurahkan.
Mereka hanya inginkan jasa yang bisa dibawa sebagai bekalan.
.
.
Buat sahabat-sahabat yang membaca.
Jika hidup kalian diuji.
Dugaan hadir dari kanan dan kiri.
Serahkanlah segalanya kepada Pencipta.
Percayalah.
DIA akan hadirkan.
DIA akan lorongkan.
Pertolongan itu hadir dengan sendirinya.
Dan hadir tanpa kita sangka-sangka.
.
.
Apabila kita rasa kita tidak punya apa-apa.
Ketika itulah sebenarnya kita ada segala-galanya.
Kerana ketika itu kita sedar akan kedudukan kita.
Siapa kita?
Kita hanya hamba.

.
.
Selayaknya kita serahkan segalanya untuk diaturkan olehNYa.
Bantuan pasti tiba.
Asal kunci yakin dan percaya ada pada kita.
.
.
Mohon doakan guru-guru saya ya.
Agar mereka sentiasa dilindungi & dirahmati Allah swt.
Agar segala amal baik mereka diterima disisiNya.
.
.
Moga kalian juga akan sentiasa dikelilingi oleh orang baik-baik.
Jika tiada orang baik-baik.
Biar kita yang jadi orang baik-baik.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.