Harga Sebuah Kejujuran.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Dalam perniagaan,

Kejujuran itu sangat mahal harganya.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan,

JUJUR itu sebuah pelaburan.

.

.

Pada awalnya mungkin kita lihat Jujur ini merugikan.

Iyalah,

Ubah timbang 100g je.

Alah,

Overclaim sikit je.

Ish,

Cakap stok sikit, walau hakikatnya penuh gudang je.

Eh,

Jual harga ahli pada bukan ahli je.

.

.

Tidak dinafikan keuntungan lebih cepat menampakkan hasilnya jika kita melakukan perkara-perkara di atas.

Namun harga yang sangat mahal kita perlu bayar di kemudian hari.

Dalam tidak sedar kita sedang menggali kubur perniagaan kita sendiri.

.

.

Apa akan jadi bila kita ‘kantoi’ nanti?

.

.

Pelanggan lari bertempiaran.

Tiada siapa yang mengaku kawan.

Apatah lagi mahu hulurkan bantuan.

Inilah natijah apabila kejujuran digadaikan.

.

.

Itu belum masuk bab redha Sang Pencipta.

Belum masuk bab halal haramnya.

Belum masuk bab berkat dalam urusniaga.

.

.

Para usahawan sekalian.

Kalian mengikut jalan sunnah.

Apa yang kalian lakukan merupakan ibadah.

Usahlah kita mengambil jalan mudah.

.

.

Hanya untuk mendapat kesenangan di dunia yang sekejap cuma.

Kita menggadaikan segalanya.

.

.

Jujur ialah pelaburan jangka panjang kita.

Mungkin sedikit lambat.

Tetapi pelanggan tetap akan kembali.

Kerana kita berintegriti.

.

.

Jujur juga pelaburan jangka panjang.

Yang bisa dituai hasilnya di ‘sana’ nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *