Terima Kasih Cikgu.

Kongsikan Kebaikan

“Kalau nak belajar FB Ads, belajarlah dengan AdsHero.”

Bermula di sinilah saya mengenali Team AdsHero ini.

.

.

Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari dari mereka.

Masih segar di ingatan ketika kelas pertama.

Selesai sahaja sesi kelas pada hari itu.

Saya rasa saya belajar dengan alien.

Hahaha.

Ke saya yang alien?

Saya pun konfius.

.

.

Sebab apa saya cakap macam tu?

Sebab terlalu banyak ilmu & terma yang saya tidak pernah pun dengar sebelum ni.

Tiba-tiba rasa ilmu masa buat degree accounting dulu terlalu sikit rupanya.

Buku teks dan dunia perniagaan yang sebenar.

Terlalu jauh berbeza.

Apatah lagi dunia digital marketing.

Bagai langit dan bumi bezanya.

Asasnya mungkin ada di dalam buku.

Namun aplikasi di dalam perniagaan hanya yang berpengalaman sahaja yang tahu.

.

.

Dengan pengalaman mereka.

Mereka mengajar dan berkongsi pula.

Dan yang paling saya tertarik adalah

Target market mereka adalah para usahawan yang baru nak bermula.

Bagai memberi lampu suluh pada pengembara yang sesat di dalam pekat malam.

Ilmu mereka akan menjadi penyuluh jalan pada para usahawan yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia digital marketing.

.

.

Bayaran yang dikenakan untuk satu kelas pula terlalu murah jika dibandingkan dengan ilmu yang disampaikan.

Matlamat mereka ialah untuk membantu para usahawan baru.

Agar jelas dengan dunia digital marketing.

Dan memberitahu hakikat sebenar yang perlu dihadapi dalam dunia marketing.

.

.

Hampir setiap kelas anjuran mereka saya sertai.

Alhamdulillah.

Sedikit demi sedikit saya mula faham selok belok dunia digital marketing

.

.

Sejujurnya saya cemburu dengan guru-guru saya ni.

Saya cemburu dengan kebaikan yang mereka sampaikan.

Ilmu yang mereka kongsikan diamalkan oleh ribuan pelajar.

Dan pahala ilmu yang diamalkan itu pula mengalir pada mereka.

.

.

Sebagai seorang murid.

Hanya doa yang ikhlas sahaja saya mampu beri sebagai balasan.

Didoakan agar segala usaha AdsHero ini sentiasa diberkati Allah swt.

Dan segala perancangan yang akan datang sentiasa dipermudahkan.

.

.

Alhamdulillah saya ditemukan dengan mereka.

Alhamdulillah diberi peluang belajar dengan mereka.

Alhamdulillah juga dapat bersilaturrahim dengan mereka.

Moga ukhuwwah ini kekal hingga ke syurga.

.

.

Pada sahabat usahawan di luar sana.

Baik yang lama atau baru.

Followlah AdsHero.

Semoga asbab ilmu mereka, bisnes kalian bertambah maju.

Dan dapat memberi semula kepada ummah.

.

.

Terima Kasih Tuan Syed Gaddafi.

Terima Kasih Tuan Hafidz Zed. (Blog ini ‘hidup’ asbab beliau.)

Terima Kasih juga tulang belakang AdsHero.

Naim, Fazmi & Mikail Nadzri.

.

.

Semoga Allah swt sentiasa merahmati hidup kalian.

“Bukan Ombak Itu Yang Besar, Tapi Perahu Kita Yang Kecil – Syed Gaddafi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *