Kehadiran.
Keberadaan.
Kewujudan.
.
.
Ini adalah kunci penyaksian kepada Allah.
.
.
Syeikh Hamza Yusuf pernah di tanya.
“Bagaimana rasanya solat?”
Beliau menjawab.
“Bergantung kepada keadaan ketika solat itu didirikan.”
.
.
Dalam erti kata lain.
Apa yang kita ‘rasa’ ketika solat.
Bergantung kepada di mana ‘hati’ kita ketika solat.
.
.
Begitu juga dalam kehidupan harian.
Jika kita betul-betul ‘ada’ pada setiap ketika.
Kita akan dapat melihat.
Bahawa apa sahaja yang berlaku sebagai ‘tarbiah’ dariNya.
Kita akan dapat lihat ‘tangan’Nya disebalik sesuatu yang berlaku.
.
.
Pernah sekali saya hanya terlintas dihati teringin mahu makan kuih.
Tidak lama selepas itu, jiran datang mengetuk pintu dan menghulurkan kuih yang diidamkan.
.
.
Jika ketika itu saya ambil dan ucapkan terima kasih sahaja.
Ia sekadar dapat kuih sahaja.
Namun jika saya ‘rasa’ bahawa itu merupakan campur tangan dariNya.
Perasaan ketika itu pastinya berbeza.
.
.
Di dalam solat.
Mahupun di dalam kehidupan seharian.
Kita jarang ‘ada’.
Kita jarang ‘wujud’.
.
.
Kita sering terbuai dengan kenangan silam.
Atau terlalu memikirkan masa depan yang belum tentu.
Jarang sekali kita menikmati dan menghayati ‘sekarang’.
.
.
Semoga Allah memberikan kita ‘hati’ yang hadir di dalam solat.
Agar dapat kita lebih khusyuk menghadapNya.
Semoga Allah berikan kita ‘hati’ yang ‘hidup’ setiap masa.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.