Allah beri pada mereka yang Dia kehendaki.
.
.
Ada kalanya kita menerima nikmat yang tidak disangka-sangka.
Nikmat yang di luar jangkaan kita.
Nikmat yang tidak pernah kita mimpikan.
.
.
Nikmat anak selepas bertahun-tahun menunggu.
Nikmat pekerjaan yang tidak disangka kita dapat.
Nikmat harta yang banyak hasil usaha yang sedikit sahaja.
Nikmat-nikmat ini membuatkan kita tertanya.
Layakkah aku?
.
.
Namun Allah tetap beri pada kita.
Walaupun kita tahu kita banyak dosa.
Walaupun kita tahu sedikitnya amal kita.
.
.
Ia bukan tentang mempersoalkan tentang layak atau tidak.
Tetapi ia tentang menyedari dan mensyukuri nikmatNya.
Betapa kita ini hanya bergantung pada Rahmat dan Kasih SayangNya.
.
.
Setiap nikmat yang kita ada.
Harta, keluarga, kekayaan.
Bukan tentang kita.
Tetapi Dia.
.
.
Hanya dengan kurniaanNya kita dapat merasai semuanya.
.
.
Semoga Allah swt mengurniakan kita ‘mata’ yang sentiasa dapat melihat.
Betapa besarnya nikmat yang dikurniakan.
Seluas lautan yang terbentang.
Besar lagi nikmatNya yang dikurniakan.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.