Sebotol Essential Oils Ini Berapa Harganya?
Kenapa size botol sama tapi harganya lain-lain pula?
.
.
Pernahkah anda ditanyakan soalan ini?
Atau anda sendiri yang pernah tertanya di dalam hati.
.
.
Saya dahulu pun pernah tertanya.
Iya lah kan.
Botol semuanya sama size.
Warnanya sahaja yang berbeza.
Tetapi harganya lain-lain pula.
.
.
Kemudian barulah saya tahu rupanya harga berbeza kerana jenis tumbuhan di dalamnya berbeza.
Iya lah.
Sedangkan harga buah oren, lemon, limau purut dan limau nipis pun berbeza bukan?
Sedangkan mereka ini datang daripada keturunan yang sama, iaitu citrus.
Apatah lagi kalau nak dibandingkan harga serai dengan bunga ros.
Bagai langit dan bumi jauhnya.
.
.
Oleh kerana Young Living hanya meletakkan seratus peratus minyak dari tumbuhan itu sendiri ke dalam botol warna-warni yang cantik lagi comel itu.
Inilah sebab mengapa harga setiap botol itu berbeza mengikut jenis tumbuhan yang ada di dalamnya.
.
.
Lainlah jika di dalam botol itu telah dicampurkan bendasing untuk menambahkan kuantitinya dan menaikkan bau sesuatu minyak itu dan menjadikannya tahan lebih lama.
Ha, kalau ini kaedahnya.
Bolehlah diletakkan satu harga pada semua jenis minyak yang ada.
.
.
Persoalannya, mahukah kita menggunakan minyak yang telah dicampur bendasing tadi?
Kita nak hidu baunya.
Kita nak sapukan ke anggota badan.
Kita nak baurkan ke udara dan menyedut udaranya.
.
.
Mana mungkin bukan?
Kita terlalu sayangkan diri kita.
Kita sayangkan ahli keluarga kita.
Kita sayangkan anak-anak kita.
.
.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat menjawab persoalan yang pernah bermain di fikiran sahabat semua mengenai harga essential oils yang berbeza-beza.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.