Aku atau DIA?

Kongsikan Kebaikan

.

.

Kerja ini siap sebab aku pandai uruskan masa.

Sedapnya masakan aku hari ni.

Anak-anak mendengar kata kerana aku bijak mendidik.

Banyaknya sales sebab aku pandai copywriting.

Aku berjawatan besar kerana aku berpendidikan tinggi.

Aku sihat sebab aku jaga makan dan bersenam.

Aku sembuh kerana aku makan ubat.

.

.

Perasan tak berapa banyak aku yang dah kita sebut.

Sebab aku jadi begini.

Sebab aku jadi begitu.

Aku ini.

Aku itu.

Aku.

Aku.

Aku.

.

.

Sehingga seringkali kita terlupa.

Barangkali kita terleka.

Atau  kerana kelalaian kita.

.

.

Semua yang terjadi adalah atas keizinanNya.

Hanya apabila DIA izin.

Hanya apabila DIA berkehendak.

.

.

Benar.

Kita sering mengakui diri kita hamba.

Namun kita seringkali terlupa.

Jawatan HAMBA itu tinggi maqamnya.

.

.

Hamba merasakan dirinya lemah.

Jadi dia perlu bangkit mencari kekuaatan dariNya.

Hamba merasakan dirinya miskin.

Jadi dia perlu meraih kekayaan dariNya.

Hamba merasakan dirinya kerdil.

Jadi dia perlu akui, semua kehebatan adalah milikNya.

.

.

Jika jiwa hamba ada dalam diri.

Mana mungkin kita saling mengeji.

Mana mungkin kita saling menuding jari.

Mana mungkin kita meninggi diri.

Mana mungkin kita tega menyakiti.

.

.

Kerana kita akan sibuk mensyukuri.

Kita akan sibuk muhasabah diri.

Kita akan sibuk perbaiki diri.

Kita akan sibuk mengejar cinta hakiki.

.

.

Tulisan ini lahir atas kesedaran.

Bahawasanya jawatan hamba disisi Tuhan.

Bukan mudah berada digenggaman.

Kerana hanya yang terbaik menjadi pilihan.

.

.

Jadi setidaknya marilah sama-sama kita cuba.

Buangkan sifat ‘Tuan’ dalam diri.

Dan rebutlah jawatan ‘Hamba’ yang diimpi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *