Tetap terus berusaha.
.
.
Gazelle berlari lebih pantas daripada Singa.
Namun akhirnya menjadi santapan malam buat Singa juga.
Mengapa?
Kerana Gazelle akan berhenti dan menoleh ke belakang.
Untuk melihat sejauh manakah ia telah meninggalkan Singa.
Untuk melihat keadaan sudahkah selamat.
.
.
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ
(Az-Zariyat:50)
“Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah.”
.
.
Di dalam surah ini Allah berkata,
“Kembali pada Allah.”
Bukan,
“Larilah daripada Syaitan.”
.
.
Mengapa?
.
.
Kerana dalam perjalanan ini.
Mungkin lebih baik kita tumpukan pada setiap langkah kita menuju Allah.
Berbanding berhenti dan menoleh ke belakang untuk melihat apa yang telah kita tinggalkan.
.
.
Kita berlari dan melangkah dalam dua keadaan.
Satu.
Kita berlari daripada sesuatu.
Dan satu lagi.
Kita berlari menuju kearahNya.
.
.
Kekuatan larian yang manakah lebih hebat?
.
.
Yang pertama.
Berpuas hati dengan jarak yang dicapai.
Atau yang kedua.
Hasilnya ialah ketekalan.
.
.
Teruskanlah melangkah.
Teruskanlah berlari.
Teruskanlah perjalanan.
Mencari redhaNya.
Meraih cintaNya.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.