Nak guna EO pun ada mazhab?

Kongsikan Kebaikan

.

.

Iya kawan-kawan.

Ada tiga mazhab semuanya.

.

.

Penggunaan minyak pati tumbuhan (EO) dalam bidang aromaterapi ada tiga model (mazhab).

.

.

Ada English Model.

Ada German Moodel.

Ada French Model.

.

.

English Model menyokong penggunaan EO secara ‘dilution’.

Dimana EO dicampurkan bersama minyak sayuran sebagai ‘carrier oil’.

Kemudiannya EO yang telah di’dilute’ itu diratakan dan diurut ke badan bertujuan untuk relaks dan memberi ketenangan.

.

.

German Model pula lebih fokus kepada menghidu sesuatu EO.

Kajian menunjukkan sebatian aromatik dapat memberi kesan kepada deria bau dan juga otak.

Terutamanya dibahagian hypothalamus (pusat arahan hormon) dan sistem limbic (pusat emosi).

.

.

Manakala French Model menetapkan pengambilan dan sapuan secara terus dengan menggunakan minyak pati tumbuhan asli gred terapeutik.

Antara cara pengambilan EO yang biasa ialah dengan dicampurkan ke dalam madu, diambil bersama sekeping roti atau dengan sedikit minyak sayuran seperti minyak zaitun asli.

.

.

Haa, barulah kita tahu kenapa ada pendapat yang berlainan di kalangan pengamal aromaterapi.

Kerana ternyata ada pelbagai mazhab rupanya.

.

.

Pada anda yang menggunakan EO.

Yang pertama, pastikan dulu EO anda di’gred’kan sebagai apa.

Asli atau tidak?

Ada campuran bahan lain atau tidak.

.

.

Kemudiannya barulah kita boleh buat keputusan mahu ikut mazhab mana.

Apa jua pilihan kita.

Pastikan kita memilih dengan ilmu.

Bukan hanya ikut-ikutan.

.

.

Semoga perkongsian ini dapat menambah sedikit ilmu baru tentang dunia aromaterapi kepada anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *