“Kenapa Awak Pilih Young Living?”

Kongsikan Kebaikan

Ini 10 sebab kenapa saya pilih Young Living.

.

Pilihan yang lebih alami (natural).

Sememangnya saya mencari alternatif untuk hidup yang lebih sihat menggunakan sumber daripada alam.

Terutamanya untuk anak-anak saya ketika itu.

Mereka kerap ulang-alik ke klinik.

Jadi saya ikhtiarkan dengan EO.

Alhamdulillah, mereka serasi.

.

.

Tidak risau bahan kimia keras & racun serangga.

Kesemua rangkaian produk YL bebas daripada bahan kimia merbahaya malah semua tanaman dijaga tanpa menggunakan racun serangga.

Rumput-rumput perosak dicabut menggunakan tenaga manusia.

Sehingga ke tahap itu mereka menjaga tanaman mereka agar tidak tercemar oleh bahan kimia merbahaya.

Pada anda yang mungkin tidak tahu.

YL juga mempunyai rangkaian produk yang pelbagai seperti rangkaian produk penjagaan rumah, rangkaian produk untuk bayi, malah rangkaian mekap juga ada.

Yang lebih mengujakan, kesemua rangkaian ini bebas daripada bahan kimia keras.

Jadi bila gunakan produk YL hati terasa tenang.

Kerana kita tahu bahan-bahan di dalamnya selamat untuk digunakan.

.

.

Janji Seed to Sealnya.

Point yang ini tidak dapat disangkal lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘SEED TO SEAL’ ialah,

Pihak YL mengendalikan proses penghasilan minyak patinya daripada proses pemilihan biji benih sehinggalah ia dibotolkan untuk dipasarkan.

Begitu tinggi komitmen yang mereka berikan demi memastikan hanya minyak pati yang betul-betul berkualiti dan memenuhi piawaian sahaja yang dibotolkan.

Sebelum sesuatu minyak pati itu dibotolkan, ianya akan diuji dimakmal milik YL untuk memastikan semua komponen yang perlu ada bagi mencapai gred terapeutik.

Sampel yang sama juga akan dihantar ke makmal pihak ketiga untuk memastikan keputusan yang diperolehi tidak berat sebelah.

Bukan akaun sahaja yang diaudit, minyak pati juga ada audit rupanya.

.

.

Tujuan pengasasnya “I make it for a Purpose, Not Profit”.

Kalau kita nak beli barang, akhlak dan tujuan asal pengasas atau penjual kita ambil kira tak?

Secara peribadi, saya ambil kira juga bab ini.

Sebagai contoh, kita nak beli sayur daripada dua orang penjual.

Yang seorang ini kita tahu dia ini gangster.

Dan penjual seorang lagi merupakan seorang bapa tunggal yang telah kehilangan isterinya.

Kini tinggal dia sahaja berseorangan membesarkan lima orang anaknya.

Anda akan beli sayur daripada penjual yang mana?

Dalam Young Living pula,

Perjalanan D. Gary Young (pengasas YL) dalam penemuan khasiat minyak pati pada zaman moden ini.

Dan niat murninya serta tujuannya untuk beri semua orang menikmati kebaikan dan manfaat setiap tumbuhan tanpa mengambil kira keuntungan semata-mata.

Slogan,

 “I Don’t Make A Product For A Profit.

I Make It For A Purpose.” – D. Gary Young

Sangat dekat dihati saya.

.

.

Circle positifnya.

Sebab yang satu ini saya betul-betul tidak sangka saya akan dapat semasa saya beli set PSK.

Saya dapat kenalan, rakan dan juga sahabat yang sangat positif dan menyokong antara satu sama lain.

Sokongan yang ikhlas daripada mereka ini sangat membantu saya terutamanya semasa saya sedang mengalami anxiety disorder dahulu.

.

.

Tiada ragu tentang ketulenannya.

Kalau anda beli minyak pati (EO) di kaunter atau apa sahaja jenama lain.

Status ketulenannya itu patut anda ambil tahu dan siasat.

Tetapi jika EO daripada Young Living.

Insya-Allah tanpa ragu.

Ianya tulen.

Ianya gred terapeutik.

Kerana anda perlu tahu ada empat jenis gred minyak pati.

Gred A – 100% minyak pati dengan komponen terapeutik

Gred B – gred  organic namun tiada/sangat sedikit komponen terapeutik

Gred C – minyak pati yang dicampur bahan kimia sintetik (wangian)

Gred D – dihasilkan di makmal dan tidak langsung mempunyai kandungan minyak pati di dalamnya

Oh ya, pastikan anda dapatkan EO anda daripada YL atau pengedar yang sah sahaja.

Kerana jika anda dapatkan EO anda di platform lain, tiada jaminan anda akan dapat EO yang tulen.

Malah lebih mengerikan jika anda dapat EO yang palsu.

.

.

Bimbingan yang berterusan daripada syarikat dan kumpulan(group).

Daftar sahaja sebagai ahli, sebenarnya kita melanggan sekali dengan kelas bimbingan.

Pelbagai sokongan dan panduan kita akan perolehi.

Daripada ilmu EO, cara menggunakan EO untuk kesihatan atau emosi, ilmu mengenai produk, sehinggalah ilmu untuk menjana pendapatan juga ada di ajar.

.

.

Dapat berkongsi manfaat dengan orang lain.

Saya sangat suka apabila kita dapat berkongsi nikmat yang kita dapat rasa ini dengan keluarga, rakan-rakan dan orang ramai.

“Hasiah, best sangatlah pakai minyak ni. Anak saya tidur lena sangat.”

“Hasiah, terima kasih bagi minyak tu, anak mengasuh ni dah tak meragam.”

“Bestlah minyak ni, relaks sangat rasa.”

“Aik, hilang dah pening tadi.”

Respons yang begini sangat-sangat saya syukuri.

Dengan botol yang kecil ini, kita dapat menggembirakan insan lain malah mungkin mampu mengubah kehidupannya 360 darjah.

.

.

Rangkaian produknya yang meluas.

Dengan menjadi ahli Young Living, dah tidak perlu pening-pening nak cari produk yang selamat di tempat yang lain.

Hampir semuanya ada di sini.

Penjagaan diri, produk bayi, produk kanak-kanak, penjagaan rumah, mekap, malah produk penjagaan haiwan kesayangan juga ada di YL.

Rangkaian Produk Young Living

.

.

Peluang menjana pendapatan.

Ha, bab ini ramai yang suka.

Berapa sahaja pendapatan impian yang anda inginkan anda boleh perolehi.

Nak pendapatan satu angka, dua angka, tiga angka, empat, lima, enam angka sebulan pun boleh andai anda punya keinginan dan usaha.

Tiada paksaan.

Nak jadi ahli dan enjoy diskaun ke atas semua produk.

Boleh sahaja.

Nak jadi ahli dan ambil peluang untuk jana pendapatan.

Boleh sangat.

Pilihan di tangan kita.

.

.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *