Sudah Kenalkah Kita Pada Pencipta.

Kongsikan Kebaikan

Mereka yang kenal Pencipta.

Tahu bahawa.

Setiap yang dituturkan.

Setiap yang dilihat.

Setiap yang didengar.

Setip yang disentuh.

Hanya wujud dengan izinNya.

.

.

Mereka yang kenal Pencipta.

Melihat Dia di segenap sudut.

Pada daun yang gugur.

Pada butir pasir di pantai.

Pada garis halus di jari jemari.

Mengakui KeagunganNya…

.

.

Pada mereka,

Terlakar nama Pencipta disemua benda.

.

.

Mereka yang percaya.

Membenarkan diri mereka ditolak dan ditarik oleh arus kehidupan.

Kerana mereka yakin.

Apa yang berlaku semua dalam aturan.

Semua yang berlaku dalam rahmat ar-Rahman.

Layar Kehudupan di dalam ketentuan Ar-Rahman…

.

.

Dan mereka yang bersaksikan Pencipta.

Yang yakin sepenuhnya pada Dia.

Tidak melihat dirinya.

Melainkan semuanya.

Segalanya.

Setiap satunya.

Sebagai tanda kasih dan sayang daripada Sang Pencipta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *