Menerima Sebuah Kehilangan.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Insan ini saya mula ‘follow’ sejak 2016.

Iaitu tahun kedukaan buat dirinya dan keluarga.

Tahun di mana beliau menghantar ‘pulang’ bidadari kecilnya.

.

.

Dalam perkongsian beliau tadi.

Ada dinyatakan bahawa emosi merupakan tenaga yang bergerak.

Emotion = Energy Motion.

.

.

Setiap emosi kita perlu diakui oleh kita sendiri.

Jika sedih, akui yang kita bersedih.

Jika kita marah, akui kita sedang marah.

Jika gembira, kita perlu akuinya juga.

.

.

Emosi yang kita ‘rasa’ bukan untuk ditanam.

Bukan untuk disimpan.

Bukan untuk dipendam.

.

.

Tidak juga untuk dilempiaskan pada orang lain.

Tidak juga untuk disasarkan pada keadaan sekeliling.

Dan tidak untuk dilontarkan pada yang tidak upaya.

.

.

Namun emosi perlu diurus sebaiknya.

Perlu ditadbir dengan bijaksana.

.

.

Apabila sesuatu tragedi menimpa.

Dan kita ditinggalkan dengan perasaan sedih.

Terimalah ia.

Akuilah ia.

Ya, aku sedang bersedih.

.

.

Aku sedih kerana puteriku diambil semula.

Aku sedih tiada lagi ria tawanya.

Aku sedih hilang seorang cahayamata.

.

.

Namun aku tahu.

Tuhanku sayangkan anakku.

Aku sedar anakku sekadar pinjaman.

Aku sedar aku juga bakal meyusul.

Aku sedar tiada yang kekal selamanya.

Satu hari pasti semua kan pulang padaNya.

.

.

Dengan menerima dan mengakui.

Hakikat emosi yang bersarang dalam diri.

Dengan izin Allah.

Kita bisa bangkit.

Dengan izin Allah.

Kita bisa ceria semula.

.

.

Kerana emosi yang terpendam.

Boleh membawa mudarat pada kesihatan fizikal dan juga mental.

.

.

Beliau telah berikhtiar untuk atasi isu kehilangannya.

Saya telah berikhtiar untuk isu kegusaran saya.

Dan kami dapat merasai perbezaannya.

.

.

Benar EO bukan ubat.

Benar EO tidak hebat.

.

.

Yang mengubati hanya Dia.

Yang hebat juga Dia.

Kita sebagai hamba.

Hanya berikhtiar dengan tumbuhan ciptaanNya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *