Hidup ini ada pelbagai kemungkinan
Ada seribu satu pilihan
Namun hakikatnya cuma ada satu kepastian
Yang menanti kita semua iaitu kematian
.
.
Dalam kita sibuk mencorakkan kehidupan
Jangan sesekali alpa melakarkan juga tentang kematian
.
.
Kerna hari demi hari
Ia semakin menghampiri
.
.
Cukupkah amal yang dikerja
Cukupkah bekal yang dibawa
.
.
Siapapun kita
Apa pun pangkat kita
Cita-cita kita semua sama
Iaitu bertemu Tuhan di Syurga

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.