Nak Give Up Lah.

Kongsikan Kebaikan

Saya dah penat mencuba.

Saya tak akan berjaya.

.

Kadangkala ungkapan-ungkapan ini.

Kita tuturkan apabila kita temui jalan buntu.

Nak diet ke laut.

Nak buat bisnes tak untung-untung.

Nak close deal client asyik lari.

Nak berubah, tapi masih disitu juga.

Saya juga pernah rasa macam tu.

Tipulah tak ada.

Kita masing-masing punya struggle sendiri.

Namun saya terfikir sendiri.

Ada seorang anak kecil.

36 tahun dulu.

Dia tak pernah putus asa.

Dia cuba, dia jatuh.

Dia cuba lagi, terlentang.

Cuba lagi, tersembam.

Dahi benjol.

Lutut luka.

.

Tapi dia tak pernah putus asa.

Esoknya dia cuba lagi.

Ulang lagi.

Buat lagi.

Akhirnya.

Hari ini.

Hasil tidak putus asa anak itu.

Saya kini boleh berjalan.

Boleh melangkah.

Boleh berlari.

DNA berjaya itu ada pada diri kita.

Bayangkan jika ketika kecil dulu.

Masa mula-mula kita nak belajar berjalan.

Kita terjatuh sekali.

Kita serik.

Kita give up.

Kita tak mahu teruskan lagi.

Apa akan jadi pada diri kita sekarang?

Kita pernah berjaya.

Kita boleh berjaya.

Kita akan berjaya.

Apa sahaja yang kita buat sekarang.

Selagi mana ia baik untuk kita.

Baik untuk keluarga.

Baik untuk ummah.

Teruskan.

Jika jalannya mudah.

Alhamdulillah.

Jika jalannya sedikit mencabar.

Alhamdulillah.

Apa jua jalan yang ditakdirkan.

Itu adalah yang terbaik buat kita.

Kerana kita tidak akan sesekali.

Dibebani dengan apa yang tidak mampu kita hadapi.

#keepgoing

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *