Akak ada jual di Sh*p*e tak?
.
.
Soalan ini diajukan kepada saya semalam.
Maaf dik, polisi syarikat memang tidak mengizinkan sebarang produk terutamanya EO untuk dijual di laman web pihak ketiga.
.
.
Saya tahu dia mahukan sebabnya.
Saya tahu dia mahukan jawapan.
Benda memudahkan, kenapa perlu dirumitkan keadaan.
Masuk ke Sh*pp*e, add to cart, bayar.
Bukan ke senang kalau begitu?
.
.
Tidak perlu nak melayan mesej.
Tidak perlu nak menanggung rejection.
.
.
Adik, menggunakan EO ini ada pelbagai cara.
Ada pelbagai fungsi walaupun ianya datang dari botol yang sama.
EO Lemon sebagai contoh.
Ia boleh memberi kesegaran.
Boleh dicampurkan ke dalam rutin penjagaan muka.
Ada sudut emosi tertentu yang dapat dibantu.
Namun ia juga fotosensitif.
.
.
Adakah penerangan dan bimbingan ini akan diterima sekali jika pembelian itu dilakukan melalui laman web pihak ketiga ini?
.
.
Kebimbangan terbesar ialah apabila EO yang dibeli itu merupakan produk tiruan.
Alangkah sedihnya apabila niat membeli itu untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik, sihat dan alami.
Namun sebaliknya pula yang diperolehi.
Apabila produk itu mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan.
.
.
Adik tadi dilihat menganggukkan kepalanya tanda faham.
Lalu dia bersuara.
“Iya kak, saya tahu harga YLEO ini sedikit tinggi. Tapi di laman web itu harganya murah.”
Tidak sempat saya mencelah, dia menyambung kata.
“Kesian kan kak, ada orang yang ingin berjimat seringgit dua, tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka berikan kepada keluarga mereka.”
Sugul sungguh riak wajahnya.
.
.
Begitulah hakikatnya.
Ada pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dengan cara ini.
.
.
Mereka akan tetap ada di situ selagi mana ada pembeli.
Adat berniaga.
Di mana ada demand.
Di situ ada supply.
.
.
Untuk mengubah orang lain memang di luar kemampuan kita.
Apa yang boleh kita lakukan ialah terus menerus untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya memilih hanya yang asli untuk kegunaan diri dan famili.
.
.
Semoga bermanfaat.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.