Nasib atau Rezeki?

Kongsikan Kebaikan

Kau dapat ke?

Nasib kau baik betul lah.

.

.

Nasib atau Rezeki?

.

.

Pernah kita mendengar cerita magik tentang orang susah dapat ke tanah suci Mekah secara percuma.

Pernah juga kita dengar cerita jutawan dan juga hartawan yang lebih dari mampu untuk ke sana.

Tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

.

.

Duit ada di dalam poket, singgah ke kedai nak beli kuih seri muka.

Namun pulang dengan perasaan hampa kerana kuih itu sudah habis.

(Berdasarkan kisah benar. Huhuhu)

.

.

Tiba sahaja ke rumah.

Jiran datang memberi salam lalu dihulurkan sepinggan penuh berisi kuih seri muka.

.

.

Rezeki atau Nasib?

Sumber gambar dari pexels.com

.

.

Rezeki datang dalam pelbagai cara.

Rezeki datang dalam pelbagai rupa.

.

.

Dalam kes tadi, duit tidak dapat membeli kuih yang kita idamkan.

Namun Allah hadirkan jiran yang baik dan rezeki kuih itu datang melalui jiran kita.

.

.

Jika kita berpegang pada rezeki itu sama dengan duit yang kita ada atau perolehi sahaja.

Ternyata itu silap.

.

.

Sempurna tubuh badan itu rezeki.

Sahabat dan jiran yang baik itu rezeki.

.

.

Kereta tidak meragam itu rezeki.

Ilmu yang berguna dan bermanfaat juga rezeki.

.

.

Bila kita faham konsep rezeki ini.

Mudah untuk kita bersyukur.

Mudah untuk kita redha.

.

.

Kerana rezeki kita.

Merupakan rahsia Tuhan.

Kita tidak akan dijemput pulang.

Selagi mana setiap rezeki kita.

Belum dikurniakan.

.

.

Apabila semua rezeki yang diaturkan.

Telah berada di genggaman.

Saat itulah kita kembali menemui Tuhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *