.
Semalam encik suami bertanya soalan ini.
Saya kongsikan juga jawapan saya di sini agar ia bermanfaat.
.
Minyak pati daripada tumbuhan diperoleh daripada proses ‘Steam Distillation’.
.
Di mana air akan dipanaskan dibawah tumbuhan yang dipilih.
Wap akan bergerak ke atas dan melalui tumbuhan itu
Untuk mengekstrak pati daripadanya.

.
Suhu yang tepat diperlukan.
.
Kedudukan tumbuhan yang tepat diperlukan.
.
Tekanan yang tepat diperlukan.
.
Aliran air yang tepat diperlukan.
.
Semua ini amat penting untuk menghasilkan minyak yang berkualiti.
Bukan itu sahaja.
Jika tersilap percaturan, ia boleh meletup.
.
Macam masak dalam pressure cooker.
Kalau tidak dilepaskan stim nya, boleh meletup dibuatnya.
Begitu jugalah proses stim distillasi ni.
.
Semasa proses distillasi ini berjalan,
Pemantauan yang teliti perlu di buat.
.
Kerana jika tersilap percaturan,
Minyak yang hampir dikeluarkan oleh tumbuhan itu
Boleh masuk ke dalam tumbuhan itu semula.
.
Apabila itu terjadi.
Gone case.
Ia terpaksa dibuang.
.
Ibarat kita pelawa suami coklat sedap yang kita tengah makan.
Dia lambat respon, habis di telan dah semua coklat tu. Hehe
.
Macam itu jugalah tumbuhan-tumbuhan itu.
Ia dah dipanaskan dan hampir memberikan yang terbaik.
Tetapi kita pula tidak memberikan keadaan
Yang paling sesuai dan selesa untuk ia keluarkan minyak.
Maka merajuklah ia.
.
Selepas stim yang membawa minyak pati dibebaskan.
Stim yang berbentuk ‘droplet’ atau titisan wap itu di bawa ke
‘Steam Condenser’.
Di sinilah air dan minyak tadi dipisahkan.
Selalunya air akan berada di bawah dan minyak di atas.
.
Dengan selesainya semua proses itu.
Maka dapatlah kita minyak pati tumbuhan.
Atau nama glamernya Essential Oils.
.
Namun untuk EO Young Living.
Ia tidak terhenti di situ sahaja.
.
Ia perlu melalui proses yang lebih panjang
Di makmal Young Living sendiri
Dan juga makmal pihak ketiga.
.
Ini bagi memastikan kualiti yang terbaik.
Dan juga bagi memastikan ketelusan
Setiap keputusan yang dikeluarkan.
.
Jadi selepas ini setiap kali kita titiskan EO.
Panjatkanlah rasa syukur.
Kerana perjalanannya sangat panjang
Sebelum ia tiba di tangan kita.
.
Dari saat benihnya disemai.
Sehinggalah ia tiba di tangan kita.
Proses itu sangat dijaga rapi.
.
Young Living Essential Oils.
Just gotta love it!

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.