Pilot Projek Ikan Talapia.

Kongsikan Kebaikan

“Amboi, sedapnya bau.”

“Goreng ikan talapia kebun ke tu?” tanya Suami.

Eh, dia ni.

Sudah gaharu cendana pula.

Nanti jawab tengah cuci baju, berdosa pulak. Hahaha.

Tak apalah.

Kita layankan aja.

Maklumlah, ini hasil pertama projek ternakan talapia yang dia usahakan sendiri.

Encik Suami menguruskan kebun keluarga kami di Kuala Kangsar.

Ada sawit, durian, sayur, kambing dan kolam.

Kolam?

Ya, kolam.

Sebelum ini ada pihak yang nak bela ikan talapia di kebun kami.

Dikoreknya 7 kolam.

6 kolam kecil dan 1 kolam yang besar dan sangat dalam.

Namun atas sebab perselisihan faham antara pihak mereka.

Dan tidak ada bajet yang cukup untuk beli makanan ikan.

Akhirnya projek itu gagal.

Bukannya tidak ada hasil.

Ikannya banyak.

Namun tidak mencapai size dan gred yang optimum.

Rupanya, ikan talapia ini.

Bila tidak cukup makanan, kepalanya akan jadi lebih besar daripada badan.

Bila terjadinya kes ini, peraih akan gred ikan ini sebagai kualiti rendah.

Maka hasil jualan jadi sedikit.

Kesudahannya, gagal lah projek itu.

Tapi tahun lepas Encik Suami rasa ingin cuba sendiri membela talapia.

Bukan apa, kolam dah ada.

Dibiarkan kosong terasa membazir pula.

Lagi pula, kebun kami hanya bergantung pada keluaran sawit sahaja.

Sayur adalah hasil sedikit, itupun hanya cukup untuk pusing modal.

Jadi kami cuba mencari jalan untuk dapatkan pendapatan sampingan.

Maka hujung bulan Julai 2021.

Kami beli 9,000 benih ikan talapia.

(Ini baru betul bela anak ikan.Hahaha)

Tempoh matang bagi ikan talapia ini kira-kira 5-6 bulan.

Bergantung juga kepada cara jagaan, kuantiti makanan dan kualiti air kolam.

Syukur kolam kami sumber airnya daripada bukit yang berdekatan.

Air yang sentiasa mengalir membuatkan ikan kurang berbau.

Setelah hampir sebulan menjaga sambil belajar.

Kami diuji, apabila separuh daripada benih ikan yang kami beli mati.

Terpinga juga.

Kemudian baru kami tahu bahawa cara dan masa kami beri makanan itu salah.

Sebelum ini kami beri makan pada awal pagi (7-8pagi).

Rupanya, waktu yang sesuai adalah sekitar jam 10-11 pagi.

Apabila matahari sudah mula panas.

Itulah masa yang sesuai untuk beri makan.

Apabila size anak ikan dah besar sedikit.

Kami asingkan mereka mengikut saiz.

Iyalah, masa kecil comel boleh lah disumbatkan 4,500 ke dalam satu kolam.

Bila masing-masing dah membesar bagai juara.

Ikan perlu dipindahkan untuk tumbesaran yang optimum.

Ye lah, bila dah berhimpit.

Macam mana nak membesar dengan sihat kan?

Ikan talapia dibahagikan kepada 3 gred.

Gred ini dikira mengikut berat dan saiz yang sekata.

Gred A – 500g/ekor ke atas.

Gred B – 350g/ekor hingga 499g/ekor.

Gred C – bawah daripada 350g/ekor.

Ikan Talapia Gred B .

Setelah 5 bulan,

Alhamdulillah ikan kami telah mencapai gred B.

Dah boleh mula dijual ke pasaran.

Kami memilih untuk jual sendiri sedikit demi sedikit.

Cara ini kami boleh dapatkan untung lebih sedikit berbanding jual semuanya sekali kepada peraih.

Namun di sini sekali lagi kami silap percaturan.

Sepatutnya pada bulan ketiga atau keempat,

Kami sudah perlu mencari pembeli.

Tapi kami tak buat.

Ikan dah cukup matang untuk di jual, baru kami mula cari pembeli.

Ketika ini, kos makan sudah makin bertambah kerana ikan-ikan dah besar.

Makan pun besarlah jawabnya.

Alhamdulillah sekarang hampir semuanya telah dijual.

Kami berjumpa dengan seorang pembeli yang konsisten membeli dengan kuantiti yang banyak.

Kami juga menerima permintaan daripada kedai makan.

Mereka inginkan ikan yang dah siap disiang.

Harga jualan pun sedikit tinggi.

Cuma buat masa ini, kami tak dapat nak penuhi kerana kekurangan pekerja.

(Next projek Insya-Allah. Doakan ya.)

Syukur juga.

Asbab projek ini, kami dapat infaqkan sedikit hasil buat keluarga dan sahabat-sahabat.

Tuan Syed Gaddafi mencemar duli.

Feedback pembeli yang kami terima Alhamdulillah positif.

Pada mulanya mereka agak risau dan curiga.

Kerana saiz ikan nampak kecil, tapi berat.

Mereka risaukan yang berat itu isi perutnya sahaja.

Rupanya memang ada pihak yang tak bertanggungjawab memberi makan dengan banyak sebelum menjual ikan-ikan ini kepada pelanggan.

Jadi bila ditimbang, ikannya berat.

Tapi bila dah dibersihkan, yang berat, perutnya sahaja.

Namun lain pula dengan ikan kami.

Beratnya kerana isi yang tebal.

Jadi mereka mula yakin dan percayakan kami.

Saya pegang erat kata-kata guru saya.

Dalam berniaga ini, TRUST sangat penting.

Sekali kita raih kepercayaan mereka,

InsyaAllah mereka kan kekal dengan kita.

Namun bila sekali sahaja kita musnahkan keyakinan mereka terhadap kita.

Memang bye bye lah jawabnya.

Ada ke yang baca sampai sini?

Jika ada.

Saya harap perkongsian saya ini, sedikit sebanyak memberi manfaat buat kalian.

Ketika kita melihat orang lain gagal.

Tidak bermakna kita juga akan gagal.

Selagi kita belum berusaha.

Selagi kita belum mencuba.

Kita tidak akan tahu hasilnya.

Apabila kita melakukan sesuatu tanpa ilmu.

Kita perlu terima kegagalan dan cabaran itu sebagai satu proses pembelajaran.

Usah takut untuk mencuba benda baru.

Kita boleh belajar dan menjadi mahir disetiap dugaan dan cabaran yang mendatang.

Yang paling penting,

Kita tidak membiarkan cabaran itu mematahkan semangat kita untuk berjaya.

Doakan kami ya.

Insya-Allah hujung bulan Mac 2022 ini batch kedua akan masuk.

Fresh dari kolam untuk di hantar ke KL.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *