Tips Penulisan Viral.

Kongsikan Kebaikan

Idea dalam kepala banyak.

Tapi bila nak mula menulis, sangkut!

.

.

Menulis dah lama.

Tapi nak dapat like dan comments pun susah.

Share apatah lagi!

.

.

Gerammm je bila tengok influencer-influencer lain buat posting.

Asal post je.

Berdesup Like.

Berderet Comments.

Beribu Share.

.

.

Tengok balik post kita?

Krik..Krik..Krik

.

.

Semalam saya direzekikan untuk mengikuti perkongsian daripada Tuan Ahmad Isa.

Seorang insan ‘gila’ yang mengayuh basikal bersama isterinya hingga ke Tanah Suci Makkah.

Beliau juga merupakan penulis buku Ustazah Basikal.

Sebuah buku travelog yang membuatkan pembacanya seakan-akan mengembara bersama mereka.

Buku berharga ini hadiah daripada seorang sahabat.

.

.

Sebelum ini saya ingatkan menulis ini perlu tunggu ‘feel’ itu datang.

Ada waktu yang specific untuk menghasilkan penulisan yang menarik.

Kena bertapa di tempat yang tersembunyi baru idea datang.

.

.

Rupa-rupanya…

Ada template lah!

Serius.

Ada template.

.

.

Namun awal-awal lagi sudah dipesan.

Ia tidak semestinya sesuai untuk semua.

Ia bukanlah magik.

Harini tulis ikut template.

Esok terus dapat 20k shares.

.

.

Kunci pada sesuatu kejayaan adalah Istiqomah.

Begitu juga dengan penulisan.

.

.

Untuk menjadikan kita expert di dalam sesuatu bidang.

Kita perlu melakukan perkara itu selama 10,000 jam.

Yang menjadikan kita expert bukanlah jumlah masa.

Tetapi pengalaman kita selama 10,000 jam itu yang mematangkan kita.

.

.

Jadi penulisan kita akan berbeza dan lebih matang.

Kita jadi lebih peka dengan apa yang pembaca mahu.

Ha, masa inilah baru layak kita dapat 20k shares.

.

.

Struktur & Template Penulisan Viral.

Ada tiga sahaja kunci yang perlu kita ingat:

.

.

1. Hook

Merupakan ayat atau perenggan pertama yang kita nak ‘pancing’ pembaca untuk berhenti dan tumpukan perhatian pada penulisan kita.

Ianya seakan-akan kita bersembang.

“Eh, kau tahu tak semalam aku…”

“Marah betul aku dengan laki aku…”

.

Bila mula penulisan macam ni.

Netizen harus berhenti baca.

Masukkan juga elemen tempat dan masa (jam,bulan, tahun).

.

Perlu kita ingat.

Hook ini jangan terlalu kaku dan skema.

“Pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin kongsikan resipi telur goreng.”

Jangan macam ni tau. Hehe.

.

.

2. Body

Disinilah kita nak sampaikan idea kita.

Isi penting yang kita nak sampaikan terletak di sini.

.

Tetapi, ia perlulah dimasukkan elemen-elemen drama.

Kasi dramatic sikit!

Biarkan jiwa dan emosi pembaca terbuai-buai dengan kisah kita.

.

Bermula cerita kita sebagai ‘loser’ dan akhiri dengan tercapainya impian yang dihajati.

Letakkan diri kita di dalam kasut pembaca.

Masukkan elemen seperti sedih, marah, kecewa, gembira.

Kerana pembaca kita adalah manusia yang punya emosi.

.

Selepas berkongsi kisah kita yang pembaca boleh relate.

Barulah kita sampaikan idea atau isi penting yang kita nak kongsi.

Dengan cara ini mereka akan lebih terkesan dan teruja nak tekan butang share.

.

Tanya balik pada diri kita.

“Kenapa aku tekan butag share?”

Kita tekan share sebab kita nak sampaikan idea yang sama.

Tapi tak pandai nak menulis seperti orang tu.

Sebab tu kita share je, selesai masalah. Hahaha.

.

Jadi, kita pun perlu ingat.

Kalau kita nak ramai orang share.

Kita perlu juga sampaikan idea yang boleh relate dengan ramai orang.

.

Psst…

Di FB, ramai wanita.

Jadi posting-posting yang berkaitan dengan wanita selalunya mendapat perhatian.

Belum lagi kes main tag-tag suami.

Siapa pernah buat?

Baik ngaku. Hehe.

.

.

3. Conclusion

Ibarat moral of the story.

Disini point paling penting.

Kunci kejayaan sesebuah posting terletak di sini.

Jika gagal conclusion.

Gagal lah keseluruhan copywriting kita.

.

Disini kita tunjukkan cara bagaimana pembaca nak apply idea kita dalam kehidupan mereka.

Apa yang dia boleh relate atau buat terus dalam hidup mereka.

.

Sebab itu posting seperti resipi, tips dan amalan sering mendapat share.

Sebab pembaca boleh buat terus dan apply dalam kehidupan harian.

.

Keyword untuk conclusion ialah IMPACTFUL!

Sudahi penulisan kita dengan bergaya.

Tunjukkan kepada pembaca.

Jika mereka buat apa yang kita cadangkan.

Apa keuntungan yang mereka dapat.

Apakah happy ending untuk mereka.

Kita ingin lakarkan kesudahan yang terindah untuk pembaca.

Biar mereka terkesan apabila selesai membaca.

Dan terasa rugi tidak berkongsi posting kita pada kawan & keluarga mereka.

Muka ada senyum bila dapat template.

.

.

Bagaimana?

Dah nampak sinar untuk menulis?

.

.

Memang benar.

Nak istiqomah menulis itu payah.

Nak konsisten berkongsi itu perit.

Tetapi apabila kita meletakkan PURPOSE kita menulis di hadapan.

Segala halangan dan cabaran akan kita tinggalkan.

.

.

Struktur sudah ada.

Template sudah siap.

Sekarang tinggal genggam erat kunci Istiqomah.

Semoga apa yang kalian ingin dikongsikan.

Apa yang kalian ingin sampaikan.

Akan memberi manfaat kepada pembaca.

Dan asbab mengalirnya pahala buat kalian di akhirat sana.

FB milik Tuan Ahmad Isa.

.

.

Extra Tips:

Cari topik atau idea yang membuatkan kita teruja.

Apabila kita teruja dalam penyampaian.

Pembaca juga akan teruja membaca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *