Rahsia Berniaga Yang Sebenar.

Kongsikan Kebaikan

“Susahlah berniaga ni. Untungnya belum tentu. Penatnya sudah pasti.”

.
Orang berniaga ni,

Celik mata je fikir bisnes.

Fikir strategi.

Fikir untung.

Fikir duit.

.
Ini stigma yang melekat pada imej peniaga dan usahawan.
.
Betul ke?

Semua peniaga dan usahawan begitu?

.
Iya.

Kalau tidak, dia tidak berniaga.

.
Namun misi masing-masing berbeza.

Ada yang melakukannya kerana tiada pilihan.

Ada yang melakukannya kerana keluarga.

Ada yang melakukannya untuk ummah.

Ada yang melakukannya kerana minat.

Dan ada juga yang melakukannya sekadar suka-suka.

.
Apa pun misi dan visi seseorang peniaga atau usahawan itu.

Sebenarnya mereka ini beruntung.

.
Jalan berniaga ini adalah jalan Junjungan Mulia kita.

Malah isteri tercinta Baginda juga seorang usahawan.

Berniaga ini sebenarnya mengajar kita untuk mendidik hati.

Mendidik tentang kebergantungan kita pada Pencipta.

.
Bangun awal pagi,

Masak nasi lemak,

Masak lauk-pauk,

Siap semua hidangan.

.
Sampai di tapak berniaga.

Buka sahaja payung besar.

Hujan turun selebat-lebatnya.

Lalu berlari masuk semula ke dalam kereta.

.
Sayu hati tidak terkata.

Redup mata memandang ke luar jendela.

Hati merintih meronta-ronta.

.
Namun bagi yang percaya pada aturan rezekiNya.

Mereka akan terima dengan redha.

.
Jika konsep rezeki dan kebergantungan pada Ilahi ini di hayati.

Tiada masalah jika kita ingin berniaga barang yang sama.

Produk yang sama.

Servis yang sama.

Buka kedai sebelah-sebelah pun tiada masalah.

.
Kerana kita yakin rezeki yang tertulis untuk kita,

Tetap akan menjadi milik kita.

.
Jika ia sebaliknya.

Kejarlah macam mana sekalipun.

Tetap ia akan terlepas dari genggaman .

.
Mahu buka gerai goreng pisang sebelah menyebelah pun tiada masalah.

Jika ingin bersaing.

Bersainglah secara sihat.

.
Kalau jiran tu jual goreng pisang cheese.

Kita jual goreng pisang kimchi.

Esok lusa mungkin ada yang jual goreng pisang wasabi pula
.
Raikan sahaja.

Rezeki masing-masing Allah yang jaga.

.
Jika semua peniaga dan usahawan faham asas ini.

Tidak akan ada iri.

Tidak akan ada dengki.

.
Pada sahabat-sahabat usahawan dan peniaga yang penat.

Cubalah kalian ingat semula detik kalian bermula.

Kenapa?

Di situ ada jawapannya.

Di situ ada motivasinya.

.
Namun kini.

Tambah lagi satu point di situ.

Kerana jalan berniaga ini ialah jalan kekasihNya.

Sumber gambar dari pixabay.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *