Lemasnya perasaan.
Buntu sekali fikiran.
.
.
Dalam kehidupan kita.
Pasti kita akan berdepan dengan perasaan ini.
Pasti kita kan berdepan dengan emosi ini.
Pasti kita akan berdepan dengan situasi ini.
.
.
Suka atau tidak.
Inilah hakikatnya.
Suka atau tidak .
Inilah realitinya.
.
.
Persoalannya.
Bagaimana kita hadapinya?
Apa tindak balas kita?
Apa yang kita lakukan dengannya?
.
.
Marah.
Sedih.
Geram.
Sakit hati.

.
.
Apa perlu dibuat dengannya?
.
.
Ingat ABC.
.
.
A – Acknowledge.
B – Be the person in charge.
C – Channel the feelings.
.
.
‘Acknowledge’.
Akui perasaan yang kita ada.
Jika sedih, mengaku sedih.
Jika marah, mengaku marah.
Jika kecewa, mengaku kecewa.
Kerana perasaan yang dipendam.
Hanya mengundang masalah yang lebih besar di kemudian harinya.
.
.
‘Be the person in charge’.
Kita yang mengawal perasaan itu.
Usah biarkan perasaan itu pula yang mengawal kita.
Rasulullah sudah mengajar kita agar merubah kedudukan ketika marah.
Kerana dengan merubah kedudukan dari berdiri kepada duduk.
Daripada duduk kepada baring.
Perubahan kedudukan ini membuatkan kita lebih ‘waras’ dan berhati-hati dengan tindakan kita seterusnya.
.
.
‘Channel the feelings’.
Salurkan perasaan itu kepada perkara yang positif.
Seperti berzikir, bersukan, mendegar muzik dan lain-lain.
.
.
Bila beremosi.
Ingat ABC.


Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.