Kita geng.
Perasan tak?
Dalam drama-drama Korea ni, bila sakit, masuk hospital, mesti ada benda yang berasap kat tepi katil pesakit.
Kadang-kadang di ruang tamu, di dapur mereka pun kita boleh nampak benda aneh yang mengeluarkan asap kepul-kepul tu.
Masa tengah layan drama tu, ada lah juga tertanya dalam hati.
Kenapalah orang tu tengah sakit, diletaknya pula dekat dengan asap.
(Maafkan kejahilan soalan saya ya. Hehe)
Bila mula-mula kenal Young Living (YL), barulah tahu benda aneh yang mengeluarkan asap itu Diffuser namanya.
Tetapi saya tertanya juga.
Tidak bahaya ke kita sedut ‘asap’ yang keluar daripada diffuser tu?

Selepas membaca serba sedikit tentang cara diffuser YL berfungsi, barulah saya faham.
Diffuser Young Living berfungsi apabila disk atau plate di bawah diffuser itu bergetar pada kelajuan yang sangat tinggi.
Getaran yang dihasilkan itu akan memecahkan EO kepada mikropartikel yang dibebaskan melalui corong diffuser yang kelihatan seperti asap.
Tetapi hakikatnya ianya hanya wap air (mist).

Bahaya tak sedut ‘asap’ diffuser tu?
Kalau saya tanya,
Bahaya tak sedut ‘asap’ yang keluar daripada cerek air yang sedang mendidih?
Begitulah analoginya.
Tiada mudarat.
Malah memberi manfaat.
Jika EO Thieves yang menjadi pilihan.
Ia dapat membasmi kuman-kuman yang ada di udara.
Jika EO Joy yang menjadi pilihan.
Ia dapat membantu dari sudut emosi pula.
Jika EO Peppermint menjadi pilihan.
Ia dapat mewujudkan suasana yang segar dan nyaman.
Namun ada perkara yang saya perlu kongsikan.
EO keluaran Young Living sangat pekat.
Kerana ia tiada langsung bercampur dengan bendasing.
‘Pure’ bak kata omputih.
Jadi semua diffusernya direka khas untuk itu.
Jika ada yang mahu menggunakan EO YL bersama diffuser lain.
Saya sarankan tidak berbuat begitu.
Kerana kita tidak mahu membazir EO YL yang sangat berharga.
Mana tak membazirnya.
Alangkah ruginya bila kita diffuse EO YL menggunakan diffuser lain.
Diffuser itu tidak mampu memecahkan EO YL kepada mikropartikel.
Dan alangkah ruginya bila sisa-sisa EO YL yang tidak mampu dipecahkan itu melekat di plate dan merosakkan diffuser itu pula.
Yang paling membimbangkan ialah jika bekas diffuser itu terhakis.
Kerana memang ia tidak direka untuk membawa EO YL yang asli dan pekat.
Manfaat yang dihajatkan, namun mudarat pula yang dapat.
Kita tidak mahu sama sekali ianya terjadi.
Saya harap perkongsian saya ini dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan sahabat semua tentang diffuser dan bagaimana ia berfungsi.
Lepas ni bila layan K-Drama tau dah la.
Bahawa mereka bukannya sedut ‘asap’.
Hehehe.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.