The Art of Listening.

Kongsikan Kebaikan

.

.

Tak sangka rupanya mendengar ini pun ada seninya.

Mendengar juga merupakan skill yang sangat mahal.

.

.

Pernah atau Tidak.

Ketika kita bersembang dengan rakan.

Mulutnya terkumat-kamit menuturkan bicara.

Tetapi sepatah pun tiada yang difahami kita.

.

.

Pernah atau Tidak

Ketika di dalam perbincangan.

Kita mendengar pendapat yang lain.

Hanya untuk mematahkan kata-katanya.

Sehinggakan kita terlepas isi pentingnya.

.

.

Pernah atau Tidak.

Kita menghadiri kelas atau kuliah.

Bila guru menyampaikan ilmunya.

Kita pula masuk dengan gelas yang penuh.

Maka keluarlah dialog,

“Eleh, ini aku dah tahu.”

.

.

Kita sebenarnya mendengar untuk apa?

.

.

Dengar untuk membalas.

Dengar untuk membidas.

Dengar untuk menempelak.

.

.

Atau

.

.

Mendengar untuk memahami.

Mendengar untuk menyelami.

Mendengar untuk mengetahui.

.

.

Ini 8 tips untuk perbualan yang lebih berkesan.

.

Elakkan Multitasking.

Ketika kita berbual.

‘Be present’.

‘Be in the moment’.

Jangan masa itu lah teringat pada kerja yang belum siap.

Jangan masa itu lah duk fikir nak makan apa nanti.

Kalau kita tak selesa dan nak keluar, silakan.

Usah tinggalkan jasad saja di situ.

Namun hati dan fikiran di tempat lain.

.

Setiap Perbualan Mengajar Sesuatu.

Pasakkan di dalam minda bahawa kita akan belajar sesuatu daripada setiap perbualan.

“Setiap orang yang aku jumpa tahu sesuatu yang aku tidak tahu.”

“Setiap orang itu, pasti pakar dalam sesuatu.”

.

Bertanyakan Soalan Terbuka.

Masa inilah kita gunakan ilmu sekolah rendah yang kita ada.

Gunakan teknik soalan.

Apa, Bila, Dimana, Bagaimana, Siapa dan Kenapa.

“Apa yang awak rasa?”

“Bagaimana ia berlaku?”

Soalan seperti ini akan memberikan kita lebih maklumat.

Elakkan soalan tertutup seperti,

“Susah ke?”

“Nak tak?”

Maka jawapan yang kita dapat adalah salah satunya sahaja.

.

Go With The Flow.

Dengar dan ikut sahaja rentak perbualan.

Usah disangkal atau mencelah dipertengahan.

.

Mengaku Kita Tidak Tahu.

Jika keluar topik yang kita tidak tahu.

Mengaku sahaja kita tidak tahu.

Ketika inilah banyak ilmu yang kita akan perolehi.

Jika kita buat-buat tahu.

Mungkin kita tidak akan tahu apa yang kita tidak tahu.

.

Bukan Semuanya Tentang Kita.

Usah samakan pengalaman kita dengan pengalaman mereka.

Kerana setiap pengalaman itu berbeza bagi setiap individu.

Ketika mereka menceritakan pengalaman pahit mereka.

Usah pula kita samakan dengan pengalaman kita.

Kerana apa yang mereka lalui.

Rasa itu.

Sedih itu.

Perit itu.

Tidak akan sama dengan apa yang kita rasa.

Kerana jalan yang tertulis buat mereka.

Jauh berbeza dengan perjalanan hidup kita.

.

Usah Ulang Tayang.

Jangan diulang-ulang apa yang kita cakapkan.

Bila orang mula rimas.

Bercakap sendiri kita nanti.

.

Dengar (Just Listen).

Skill yang paling penting dalam perbualan.

Namun sering diambil ringan.

Kita hanya perlu betul-betul mendengar.

Cuba hayati di sebalik tiap kata itu.

Apa yang cuba disampaikan.

Apa yang cuba diluahkan.

Apa yang cuba dirungkaikan.

Kerna disitu akan ditemukan jawapan.

.

.

‘Be interested in everyone’.

‘Be prepared to be amazed’.

‘And you will never get disappointed’.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *