Buat sahabat-sahabat yang penat dengan bluetick, “tanya suami”, “mahal lah” dan lain-lain.
Ada sedikit bingkisan daripada Encik Khairul (EK) buat kita semua.
.
.
SURAH ALI-IMRAN : 159
Maksudnya : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertwakkal kepada-Nya.”

.
.
EK membahaskan daripada sudut “Kasar dan Keras Hati” dalam urusniaga perniagaan kita.
.
.
Apakah “Kasar dan Keras Hati” itu?
Sikap mementingkan diri sendiri.
.
.
Pernahkah kata-kata ini terlintas di fikiran ataupun mungkin ada juga yang dilafazkan ketika kita menghadapi sesuatu ‘rejection’.
“Nak beli, beli. Tak nak beli sudah!”
“ 1 pergi, 10 datang!”
“Nak, ambik. Tak nak sudah!”
.
.
Kita lihat balik pada terjemahan.
Apabila ada unsur kasar dan keras hati.
Ada unsur pentingkan diri sendiri.
“Tentulah mereka lari dari kelilingmu”.
.
.
Habis tu nak buat apa?
“Oleh itu maafkanlah mereka”.
.
.
Maaf yang diberi ini bukan macam maaf zahir batin waktu raya tau.
Apakah maksud “maafkanlah mereka” ini?
Ia bererti menghilangkan, menghapuskan dan menggugurkan unsur sangkaan dan prejudis.
.
.
Apa pula maksud sangkaan dan prejudis ni?
“Hmm, ni kalau alasan tanya suami. Memang tak lah!”
“Hmm, penat-penat kita explain. Bluetick je dia bagi?”
Bisikan-bisikan halus inilah sangkaan dan prejudis kita.
.
.
Apa pula penyelesaian bagi masalah kita ini?
Ada tiga langkah yang nampak mudah.
Tapi nak melakukannya perlu mujahadah.
.
.
Pertama, hilangkan dahulu segala bentuk sangkaan dan prejudis kita terhadap bakal pelanggan.
Kedua, “bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”.
Berhubunglah kembali dengan dia, follow up, set appoiment kemudian berjumpa dan berbincang kembali.
Ketiga, “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertwakkal kepada-Nya.”
Serahkan kembali semuanya pada Sang Pencipta.
.
.
Sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi atas izinNya.
Dan sesungguhnya Dia jugalah yang menguruskan semuanya.
.
.
Sejak dari awal sesi usrah saya tertanya.
Bagaimana untuk saya hilangkan sangkaan dan prejudis itu yang kadangkala datang bertamu.
.
.
Inilah jawapan yang EK berikan…

.
.
Jelas EK lagi,
Selagi mana kita masih bernafas.
Selagi mana kita digelar manusia.
Selagi itulah kita harus bermujahadah.
.
.
Mujahadah apa?
Mujahadah untuk sentiasa bersangka baik.
Terhadap apa sahaja yang Allah aturkan untuk kita…
Semoga bermanfaat.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.