“Aku memang ditakdirkan hidup begini. Nak buat macam mana lagi.”
.
.
Biasa dengar?
Atau kita sendiri yang pernah lafazkan?
Hari ini saya nak kongsikan perjalanan hidup Sang Helang.
Ada pengajaran di sebalik perjalanan hidupnya.
Ada iktibar kepada kita di sebalik penciptaannya.
.
.
Helang biasanya hidup sehingga umur 30-40 tahun.
Namun ada juga sebilangannya yang hidup hingga 70 tahun.
Mengapa?
Banyak sungguh perbezaannya.
Dua kali ganda panjang umurnya.
Apa yang membuatkan sebilangan helang ini
Hidup lebih lama daripada helang yang lainnya.
.
.
Kuncinya ada pada
Perubahan.
Kuncinya ada pada
Sabar.
Kuncinya ada pada
Tidak putus asa.
.
.
Pada umur 30-40 tahun hidupnya.
Kukunya yang menjadi senjata ketika memburu
Tidak lagi boleh mencengkam dengan kuat.
Paruhnya pula mula membengkok
Menyukarkannya untuk makan.
Bulu-bulunya yang tua dan panjang pula
Menjadi sangat berat hingga menyukarkannya
Untuk terbang mencari makanan.
.
.
Tiba ke saat ini.
Sang Helang hanya mempunyai DUA pilihan.
Pilihan pertama iaitu menyerah dan menunggu ajal.
Pilihan kedua iaitu berubah, sabar dan tidak putus asa untuk meneruskan kehidupan.
Pilihan yang kedua itu prosesnya panjang.
.
.
Sang Helang perlu mematahkan paruhnya.
Perlu menanggalkan kuku-kukunya.
Perlu mencabut bulu dari badannya.
.
.
Proses perubahan yang panjang ini sangat memerlukan
Kesabaran
Keazaman dan
Semangat untuk tidak putus asa.
.
.
Pernahkah dalam hidup,
Kita terasa seperti mahu berhenti.
Berhenti dari kerja hakiki yang membebankan.
Berhenti dari perniagaan yang memenatkan.
Berhenti menjadi pemimpin yang melelahkan.
Berhenti mengejar impian dan cita yang belum kesampaian.
.
.
Mungkin kisah hidup Sang Helang ini,
Dapat memberi sedikit sinar dan harapan.
Dapat memberi sedikit petunjuk dan jalan.
.
.
“Kerana sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum.
Sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada dirinya.” [13:11]

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.