Ada Banyak Jenis Diffuser. Apa Bezanya Ya?

Kongsikan Kebaikan

.

.

Memang betul, Young Living menawarkan pelbagai jenis, bentuk dan warna diffuser.

Selain bentuk dan warna apa lagi bezanya ya?

Macamana kita nak tahu yang mana nak pilih ya?

.

.

Hmm, perbezaan diffuser ini sebenarnya ibarat kereta.

Tujuan asal kereta itu ialah sebagai kenderaan.

Yang membawa kita daripada satu tempat ke satu tempat.

Namun kita dapat lihat pelbagai jenis model dan jenama yang ada di jalanraya.

Model dan pengeluarnya mungkin berbeza.

Namun tujuannya tetap sama.

.

.

Begitu jugalah dengan penciptaan diffuser.

Tujuannya ialah untuk memecahkan molekul essential oils (EO) dan menyebarkannya ke udara agar manfaatnya dapat dinikmati.

Manfaat yang akan kita dapat bergantung kepada jenis essential oils (EO) yang kita baurkan (diffuse).

.

.

Jika EO itu berfungsi untuk membantu tidur yang lena,

Maka tidur yang lenalah akan kita dapat.

Jika EO itu berfungsi untuk membantu fokus,

Maka fokus yang tajamlah akan kita dapat.

Jika EO itu dapat membasmi kuman,

Maka kuman di udara dapat dibasmikan.

(Dengan izin Allah jua)

.

.

Diffuser juga seperti kereta yang ada pelbagai model dan pengeluarnya.

Kita tidak akan meletakkan enjin Mercedes ke dalam kereta Honda.

Buruk natijahnya.

Kerana kereta Honda tidak akan mampu menampung kapasiti enjin Mercedes.

.

.

Begitu juga dengan diffuser Young Living.

Ia direka khas untuk membawa EO keluarannya yang asli dan sangat pekat.

Jika EO YL digunakan bersama diffuser lain,

Manfaat EO itu mungkin tidak akan dinikmati sepenuhnya.

Yang lebih membimbangkan.

Diffuser pengeluar lain itu akan rosak.

Haa, kan dah rugi tu.

.

.

Berbalik pada soalan perbezaan model diffuser YL.

Ia sama juga seperti pengeluar kereta yang mempunyai pelbagai model.

Mercedes sebagai contoh,

Ada AMG, C-Class dan E-Class.

Semuanya kenderaan.

Yang berbeza hanya rupa dan fungsi tambahannya.

Diffuser Young Living juga ada pelbagai model.

Ada Aria, Desert Mist, Dewdrop, Owl, Lantern dan lain-lain.

Fungsi asalnya sama.

Berbezanya hanya pada rupa bentuk dan fungsi tambahannya.

.

.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi maklumat dan ilmu baru buat kalian.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *