.
.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Dalam kekecohan kenaikan harga barang yang kurang waras kadarnya.
Dalam kesempitan hidup mengharungi hari mendatang.
Dalam kepayahan mencari ruang dan peluang.
.
.
Ingin saya kongsikan sedikit titipan guru.
Bagaimana untuk menjadi kaya dengan segera.
.
.
Ini bukan skim.
Ini bukan scam.
Ini bukan cobaan.
Ini betul-betul.
.
.
Caranya mudah.
Caranya murah.
.
.
Hanya perlu sedikit masa.
Tidak lama pun.
Cukup sekadar 5-10 minit sahaja sehari.
.
.
Juga perlu sedikit usaha.
Tidak penat pun.
Hanya berfikir dengan sedikit dalam sahaja.
.
.
Ambil masa dan usaha itu.
Mulalah berfikir dengan dalam.
.
.
Cuba lihat pada diri.
Cuba lihat pada sekeliling.
Cuba lihat pada alam.

Lihat juga dengan mata hati kita.
.
.
Apa yang kita ada.
Apa yang kita punya.
.
.
Hakikat yang kita dapat melihat diri dan alam.
Itu juga sebuah kekayaan.
Berapa ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk mendapat nikmat melihat.
Dan ramai juga yang sejak lahir tidak direzekikan untuk melihat wajah ibu ayahnya.
Apatah lagi melhat dunia.
.
.
Tidak cukup kaya kah kita?
.
.
Lihatlah lagi.
Perhatikan lagi.
Telitilah lagi.
Makin banyak yang disyukuri.
.
.
Alah, kata nak bagi tips kaya dengan mudah.
Ini apa?
(Ini yang terdetik dalam hati saya ketika itu.)
.
.
Kemudian guru menyambung.
.
.
Dengan menyedari diri punya kudrat.
Kita tidak akan mula mengelat.
Dengan menyedari diri punya hayat.
Kita tidak akan mudah penat.
.
.
Kerana rezeki datang dalam pelbagai cara.
Rezeki hadir dalam pelbagai rupa.
.
.
Kaya bukan terletak pada duitnya.
Kaya tidak hanya dengan wangnya.
Kaya terletak pada jiwanya.
Kaya dizahirkan dengan perbuatannya.
.
.
Jadi mari sama-sama kita ambil sedikit masa.
Mari kita ambil sedikit usaha.
Moga kita sama-sama rasa.
Kaya itu ada pada kita.
.
.
Kerana Yang Maha Kaya.
Tidak akan sesekali menzalimi kita.
Selagi kita mengaku hamba.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.