Tips Mencuba Essential Oils Bagi Kulit Sensitif.

Kongsikan Kebaikan

.

Kulit saya ini agak sensitif boleh ke saya sapukan Essential Oils ini terus ke kulit?

.

.

Jom saya kongsikan cara-cara untuk mengenalpasti

sama ada kulit kita sesuai untuk disapukan Essential Oils secara terus,

Ataupun perlu dicairkan(diluted) dengan carrier oil terlebih dahulu.

.

.

Apa yang kita perlukan ialah:

EO pilihan hati, dan

Carrier oil (minyak kelapa, minyak zaitun atau apa jenis minyak sayuran yang asli.)

.

.

Cara-caranya:

Langkah 1: Bersihkan lengan dan keringkan.

Langkah 2: Titiskan satu titik EO pada bahagian dalam lengan.

Langkah 3: Tunggu selama satu hingga dua jam.

.

.

Boleh lah buat kerja atau aktiviti seperti biasa sementara tunggu keputusannya.

Jangan ditenung lengan itu sampai dua jam pula ya.

Juling mata nanti. Hehe.

Melalui pembacaan saya, ada juga yang mencadangkan untuk bahagian itu dibalut sementara menunggu.

Patch Test
(sumber Youngliving. Com)

.

.

Kebiasaannya hanya 5-10 minit diperlukan untuk menunjukkan sebarang reaksi.

Jika tiada sebarang tindak balas atau tanda-tanda kemerahan yang timbul pada kulit.

Maknanya, kita boleh pakai EO itu secara terus kepada kulit.

Namun jika ada sebarang tindak balas seperti gatal-gatal, kemerahan atau terasa pedih.

Maka inilah masanya carrier oil tadi hadir sebagai penyelamat.

.

.

Carrier Oil (sumber Google)

Sapukan sahaja carrier oil tadi di bahagian permukaan kulit yang merah, pedih atau gatal tadi.

Insya-Allah carrier oil itu akan bantu mengurangkan sebarang tindak balas EO pada kulit.

.

.

Habis itu, dah naik merah-merah.

EO ini tidak bagus lah ye?

.

.

Eh, jangan buat kesimpulan melulu begitu.

Ia hanya tidak boleh disapukan secara terus ke kulit kita sahaja.

Namun manfaatnya tetap kita boleh dapat dengan cara membaurkannya (diffuse).

Atau menghidu aromanya terus daripada botol.

.

.

Ingat bukan?

Kita ada tiga cara untuk memanfaatkan EO.

Hidu.

Sapu.

Baur.

.

.

Selamat mencuba!

P/s: Oh ya, kalau kulit kita sensitif, tapi mahu juga sapu EO pada badan.

Sapukan sahaja di tapak kaki.

Kulit di situ lebih tebal.

Insya-Allah selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *