Tips Menyediakan ‘Bug Out Bag’.

Kongsikan Kebaikan

Sebelum ini tidak pernah pun kita terfikir nak sediakan beg kecemasan.

Nak mendengar perkataan ‘Bug Out Bag’ atau B.O.B apatah lagi.

Kerana kita terlalu selesa.

Sejak kecil di sekolah kita belajar Geografi.

Cikgu dah beritahu.

Malaysia ini negara paling selamat.

Kita tidak ada taufan.

Kita tidak ada gempa bumi.

Kita tidak ada gunung berapi.

Pendek kata Malaysia ini negara paling selamat lah.

.

.

Namun apabila kita dikejutkan dengan Tsunami pada tahun 2004.

Dan kini negara kita diuji pula dengan banjir besar di Selangor.

Hujan yang turun dengan lebat tanpa henti.

Digabungkan dengan fenomena pasang besar.

Sehingga membuatkan air empangan terpaksa dilepaskan.

Maka tenggelamlah sebahagian Selangor yang selama ini kawasan itu tidak pernah dinaiki air.

Apabila Tuhan berkendak.

Siapa kita untuk menidak.

.

.

Negeri-negeri di pantai timur.

Mereka menghadapi musim tengkujuh ini saban tahun.

Mereka sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Malah mereka juga ada menyimpan bekalan dan juga bot kecil.

Untuk kegunaan ketika kecemasan.

.

.

Namun negeri-negeri di pantai barat ini selesa.

Kerana jarang kita terkena tempiasnya.

Namun kejadian terkini membuka mata.

Bahawa kita sentiasa perlu bersiap siaga.

.

.

Saya kongsikan sedikit infografik dan sedikit tips yang saya perolehi daripada sahabat-sahabat.

Antara Barang Keperluan Yang Perlu Ada Di Dalam Beg Kecemasan

Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Ada Dalam B.O.B

  1. Dokumen Penting (Simpan di dalam beg kalis air)
  2. Pakaian & Baju Sejuk (Untuk muslimat, pakaian ‘ready to solat’ sangat digalakkan)
  3. Kasut yang selesa dan tahan lasak
  4. Selimut
  5. Lampu suluh & Bateri (Pastikan lampu suluh yang terang untuk memberi signal)
  6. Kit bantuan kecemasan & Ubat-ubatan (essential oils juga bagus)
  7. Wisel
  8. Makanan tahan lama (makanan dalam tin, biskut, bar tenaga dsb.)
  9. Air mineral
  10. Radio mini
  11. Kit kebersihan diri
  12. Telefon & Power Bank
  13. Wang

Senarai ini adalah perkara yang paling asas perlu disediakan.

Ada juga yang lebih panjang senarainya.

Ada juga yang memasukkan barang seperti khemah, jaket keselamatan, bot angin, peralatan masak dan lain-lain di dalam senarai barangan ketika kecemasan mereka.

Tapi saya tahu tidak semua yang berkemampuan menyediakan segalanya.

Namun kita masih boleh menyediakan yang paling asas mengikut kemampuan kita.

.

.

Beg ini boleh dibuat satu rumah satu.

Atau setiap isi rumah satu.

.

.

Kita boleh juga menyediakan beg B.O.B ini untuk anak-anak.

Di dalam beg mereka kita isikan juga keperluan asas yang mampu untuk mereka bawa.

Anak-anak umur 6 tahun ke atas sudah boleh diberikan tanggungjawab untuk membawa beg mereka sendiri.

Ada tips juga yang saya dapat.

Di dalam beg mereka.

Kita masukkan juga fotokopi surat beranak (laminate atau diisi dalam beg kalis air).

Masukkan juga gambar keluarga (laminate) yang terkini.

Bukan apa, jika ditakdirkan terpisah daripada ahli keluarga.

Pihak yang membantu ada maklumat dan rujukan untuk menyatukan mereka semula dengan kita.

.

.

Cara menyusun beg survival ini juga ada caranya.

Barang-barang yang berat disusun rapat ke badan kita.

Barang yang lebih ringan diletakkan di bahagian bawah.

Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan keletihan apabila berat beg dibahagikan mengikut keselesaan kita.

Cara Menyusun Beg Survival

.

.

Semoga sedikit perkongsian saya ini memberi manfaat.

Didoakan kita semua berada di dalam jagaan Allah swt.

.

.

Buat kalian yang ditimpa musibah.

Saya doakan Allah swt menggantikan apa yang kalian hilang.

Dengan sesuatu yang jauh lebih indah dan lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *