Pilu.
Sayu.
Sebak.
Sesak.
Sedih.
Gundah.
.
.
Semua rasa yang ada.
Bercampur baur di jiwa.
.
.
Sungguh ujian banjir yang melanda tahun ini.
Sangat menyesakkan dada.
Kerana terlalu ramai yang terjejas.
Air naik dengan terlalu pantas.
Sehinggakan mereka tidak sempat untuk berbuat apa-apa.
.
.
Air yang naik tinggi sekali.
Sehinggakan bumbung yang sebelum ini menjadi tempat berteduh.
Kini menjadi tempat berlabuh.
.
.
Berhari-hari mereka kelaparan.
Berhari-hari mereka ketakutan.
Berhari-hari mereka kesejukan.
.
.
Itu belum cerita lagi banjir lumpur di Sg. Lui dan Jelebu.
Kediaman mereka.
Kenderaan mereka.
Dihanyutkan sekelip mata.
.
.
Rumah yang dulu begitu indah.
Kini tinggal tangga sahaja.
.
.
Ujian.
Ini ujian mereka untuk Sabar dan Redha.
Dan ini juga ujian untuk kita semua.
Sama ada kita diam berpeluk tubuh.
Atau kita bertindak dan menghulurkan bantuan.
Sanggupkah kita hanya berdiam dan melihat sahaja.
.
.
Apa yang kita mahu jawab ketika kita mengadap Tuhan.
Ketika saudara-saudara kita di uji.
Kita hanya berdiam diri.
.
.
Bagi yang mampu.
Sumbang wang ringgit.
Bagi yang punya masa dan daya.
Sumbang tenaga.
Bagi yang punya jiwa.
Jangan pernah putus doa.
.
.
Kongsikan juga kata-kata semangat.
Mereka sangat memerlukannya.
Walau mereka masih mampu senyum dan ketawa.
Namun jauh di sudut hati mereka.
Hanya diri yang mengalami dan Tuhan sahaja yang mengetahui.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.