.
.
Sebut sahaja Lemon, dah kecur air liur kan?
Boleh terasa dah ke’masam’an buah tu.
Ada ke yang kerut muka tu? Hehehe
.
.
Lemon adalah antara buah yang popular untuk dijadikan penambah rasa dalam makanan.
Tetapi sangat jarang kita dengar orang makan buah lemon macam makan buah oren.
Ini kerana rasa masamnya yang menyengat itu membataskan kita berbuat demikian.
.
.
Lemon sangat ‘best’ digunakan di dalam masakan grill, salad, perapan, minuman dan juga pencuci mulut. (Dah terbayang ayam lemon grill lah pulak)
Lemon juga merupakan sumber Vitamin C.
Sebiji Lemon 58 gram (g) boleh memberikan lebih 30 miligram (mg) Vitamin C.
.
.
Lemon merupakan sumber yang baik untuk Vitamin C dan flavonoids, merupakan sejenis
antioksidan.
Fungsi antioksidan ini adalah untuk membantu melindungi sel tubuh daripada radikal bebas.
(Bahaya radikal bebas ini akan saya kongsikan dalam posting yang lain nanti.)
.
.
Berikut merupakan beberapa manfaat meminum air Lemon:
- Membantu penghidratan.
- Sumber Vitamin C yang baik.
- Membantu mengurangkan berat badan.
- Meningkatkan kualiti kulit.
- Membantu pencernaan.
- Menyegarkan nafas.
- Bantu mencegah batu karang.
.
.
Banyak rupanya khasiat dan kebaikan buah kuning yang masam ini.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat pada sahabat semua.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.